

Lebih malang lagi, bila ada pelabur yang membuat pinjaman bank dan mengadai tanah untuk menyertai Skim Cepat Kaya ini. Bukan sahaja wang pinjaman hangus, malah setiap bulan perlu membayar kepada pihak bank. Dan baru-baru ini tersiar di akhbar metro, seorang surirumah meminjam duit along untuk menyertai Skim Cepat Kaya pelaburan emas. Duit hangus, hidup pula merana dikejar along. Sebab itu tergerak hati saya untuk menceritakan serta berkongsi serba sedikit pengalaman saya bagaimana Skim Cepat Kaya ini menjerat mangsa. Sekadar untuk peringatan buat kita bersama.
Apa itu Skim Cepat Kaya ?. Secara ringkasnya Skim Cepat Kaya memerlukan anda melabur sejumlah wang kepada pihak penganjur. Dan pihak penganjur menjanjikan pulangan wang jauh lebih tinggi daripada wang yang anda laburkan. Ada yang memerlukan anda mencari ahli baru dan ada juga, anda tak perlu susah payah, duduk goyang kaki sahaja. Caranya begini, anda bagi RM100 kepada penganjur, anda akan dapat RM1000 dalam 3 bulan atau lebih. Bagi RM1000, anda dapat RM10,000. Tetapi ada cara yang begini, anda bagi RM1000 dan anda dapat setiap bulan 20% daripada pokok pelaburan anda, bererti anda akan dapat RM200 setiap bulan. Jadi kalau anda melabur RM10,000 x 20% anda dapat RM2000 sebulan, tanpa berbuat apa-apa.
AWAS!
JAUHI SKIM CEPAT KAYA
BAGAIMANA SKIM CEPAT KAYA MEPERDAYA ANDA. FAHAMI MATALAMAT MEREKA.
Teringat pengalaman 14 tahun lalu, terjebak dengan Skim Cepat Kaya (UEB). Habis hangus RM100,000. Selepas itu terpedaya pula dengan skim piramid, pelaburan internet, hangus RM30,000. Malangnya bukan sahaja duit sendiri hangus, malah duit saudara mara yang dijemput turut hancur lebur. Tertekan dengan masalah diri sendiri yang kehilangan duit, ditambah lagi dengan kecaman dan tuduhan liar daripada pelabur-pelabur lain yang juga tertekan kerana kehilangan wang pelaburan mereka.


Tindakan utama yang akan mereka lakukan untuk menyakinkan orang ramai. Bermula dengan menunjukkan kekayaan dan kemewahan mereka. Menayangkan sijil-sijil yang boleh dicetak dengan mudah. Gambar sokongan dari menteri dan pegawai tertinggi dan banyak lagi cara, termasuklah ada yang bertopengkan agama. Namun mereka sentiasa tidak berpuashati dengan apa yang mereka lakukan untuk menyakinkan dan mereka sedar dengan menggunakan cara di sebegitu belum kuat untuk menyakinkan orang ramai, ini kerana mereka harus bertindak cepat, kemas dan rapi agar modus operandi mereka mencapai sasaran dan masa yang tepat. Apa yang perlu mereka lakukan adalah biar anda (pelabur) sendiri bercerita tentang pelaburan ini serta keuntungan yang mereka perolehi. Kan inilah cepat, malah anda bercerita, sebab anda tahu anda dapat keuntungan dengan memperkenalkan orang baru yang melabur. Contoh anda bawa kawan anda melabur dalam jumlah RM1000, anda dapat komisyen 10% = RM100, kalau pelabur, melabur RM10,000 anda dapat komisyen 10% = RM1000. Siapa yang tak mahu komisyen introducer ?
Dan apabila tiba masanya, mereka akan melepas atau memberi pulangan yang dijanjikan pada group pertama. Bila group pertama dapat duit inilah senjata utama penganjur, kerana akan riuh sekampung, "Nie aku dapat RM10,000 dari skim ini. Aku sudah kata awal-awal skim ini betul". Lepas tu apa lagi penuh ler pejabat pelaburan tu orang akan datang membuat pelaburan dan ada yang mengandakan jumlah pelaburan, sebab nakkan cepat kaya.
Lazimnya, mengikut formula Skim Cepat Kaya, mereka akan membayar keuntungan pelaburan anda menggunakan duit penganjur sendiri, kerana kebiasannya pelabur terawal ni tak ramai, sebab orang masih was-was. Manakala untuk pembayaran keuntungan group pelabur kedua mereka akan menggunakan wang pelaburan ahli baru. Maka disinilah impak dahsyat akan berlaku, akan bertambah ramai ahli-ahli baru akan melabur dan kesan penambahan mendadak pelabur ini akan mempercepatkan matlamat penganjur tetap akan membahayakan pelabur. Ini kerana semakin ramai pelabur, maka semakin sukar untuk penganjur membayar keuntungan untuk tempoh jangkapanjang anda. Kerana penganjur sedar bila satu masa pelabur yang datang terlalu diluar jangkaan maka selepas itu situasinya akan kurang kemasukan ahli baru dan ini menyukarkan penganjur untuk menampung bayaran pulangan keuntungan kepada anda semua, seperti yang dijanjikan. AWAS! ketika inilah penganjur mengatur langkah mereka untuk menyangak duit pelaburan anda.
Nak tahu kebiasannya bagaimana mereka lesapkan duit anda ?
Kebiasaanya ada penganjur yang membawa lari duit anda. Tetapi ini jarang-jarang berlaku, kerana mereka sudah ada cara yang lebih bersih, kemas dan cantik punya untuk melenyapkan duit pelaburan anda, tanpa anda mempertikaikan atau menyalahkan mereka. Caranya; setelah modus operandi mereka, katakanlah menyasarkan untuk mendapat jumlah RM10 juta tercapai, mereka akan keluarkan duit tersebut dan hanya meninggalkan sejumlah baki yang sedikit di dalam akaun syarikat penganjur. Tujuannya, disinilah mereka "membaling batu sembunyi tangan". Faham tak ? Masih tak faham!!! Ok ok gini setelah duit dikeluarkan dan meninggalkan sedikit baki di dalam akaun syarikat, penganjur akan bertindak menelefon Bank Negara dan mereka menyamar menjadi pelabur yang melaporkan ke pada Bank Negara, berkenaan ujudnya pelaburan Skim Cepat Kaya. Bijakkan penganjur Skim Cepat Kaya !!! Selepas melaporkan kepada Bank Negara, kebiasannya Bank Negara akan bertindak selepas 2 minggu laporan dibuat dan pihak Bank Negara telah mengumpul bukti intipan.
Bila Bank Negara menyerbu syarikat yang menjalankan Skim Cepat Kaya, maka pada waktu itu juga syarikat penganjur dikehendaki menghentikan operasi dan semua dokumen termasuk akaun syarikat akan dibekukan. Kan tadi penganjur sudah keluarkan RM10 juta dan baki hanya tinggal berapa sahaja dalam syarikat penganjur. So bila di serbu maka dengan itu samada anda sudah menerima atau belum keuntungan pelaburan anda, kalau pernah menerima, beerti itulah yang terakhir anda akan menerima faedah pelaburan Skim Cepat Kaya anda tetapi kalau belum, maka jawabnya "HANGUSLAH DUIT ANDA", Anda nak marah, maki hamun, tumbuk atau ambil tindakan undang-undang pun tidak berguna sudah kerana alasan yang mereka bagi kat pelabur "duit pelaburan anda semua dalam tahanan Bank Negara (akaun dibekukan)" senangkan jawapan mereka. Anda pun apa lagi angguk jerlah, sebab memang betul di serbu Bank Negara, nak jawap macamana lagi. Padahal semua ini dirancang sendiri oleh penganjur. Hebat-hebat dan bersih menipu duit masyarakat. Tapi bersih kat dunia, akhirat macamana ?

Hakikatnya Skim Cepat Kaya akan terus ujud, selagi ada permintaan, selagi itulah ada penawaran, cuma akan berubah cara pendekatan kepada kita. Mereka ini tidak akan berhenti untuk berfikir bagaimana menipu. Tidak hairanlah tindakan dan fikiran mereka amat advance. Namun asas yang mereka gunakan tetap dengan agenda yang sama. Mereka memerlukan anda untuk menjadi mangsa. Mereka mempergunakan kehendak dan ketamakkan orang ramai untuk kaya dan kalau boleh kaya dalam masa yang singkat.
Siapa yang harus dipersalahkan, Penganjur atau Pelabur ?
Ketamakkan kita yang amat ketara sekali adalah kalau boleh kita laburkan duit kita dan duit kita berkerja untuk kita membawa duit setiap hari tanpa perlu berkerja. Disinilah pengalaman yang saya pelajari setelah terjebak dengan pelaburan-pelaburan seperti diatas. Namun saya bersyukur kerana ianya telah memberi saya satu pengalaman yang amat berguna dalam dunia internet. Apatah lagi pada zaman dunia sekarang adalah zaman IT. Kini pengalaman itu telah menjadikan saya amat berhati-hati dan telah menjadikan saya pengamal busines online sepenuh masa yang berjaya menceburi busines online yang diterajui syarikat gergasi malaysia yang telah menjadikan ahli-ahlinya mencapai pendapatan sehingga RM100,000 sebulan tanpa menjual apa-apa dan satu lagi saya telah berjaya menjadi pengamal busines online sepenuh masa yang mendatangkan pendapatan yang lumayan dan syarikat gergasi luar negara. Malah ramai ahli-ahli daripada rakyat malaysia mencapai pendapatan 20,000usd dan keatas setiap bulan. Ini adalah contoh-contoh syarikat yang menjalankan perniagaan dengan betul dan tulus. Cuma perbezaannya busines ini tidak seperti Skim Cepat Kaya yang duduk diam-diam kita dapat duit. Business yang sepatutnya boleh diharap dan sehingga sekarang masih membayar dan memberi keuntungan kepada ahli-ahlinya anda tidak mahu lakukan, sebab kena berkerja cari orang walaupun modanya rendah. Itu sebab kita selalu tertipu sebab kita tamak mahu kerja yang mudah iaitu dapat duit bulan-buan tanpa berkerja! Betul tak ?
Carilah perniagaan yang boleh di percayai, sebab dalam tajuk artikel saya PERNIAGAAN ONLINE & JENIS PERNIAGAAN INTERNET NETWORKING di bawah, adalah beberapa syarikat dalam dan luar negara yang telah beroperasi 2 hingga 10 tahun dan sehingga sekarang masih beroperasi dan membayar keuntungan ahli-ahlinya yang telah membuat sedikit kerja-kerja yang tidak sampai pun 20% komitment. Ingat! tiada sesuatu pun yang akan kekal didunia kecuali Allah dan begitu juga syarikat-syarikat MLM yang besar di Malaysia, berapa banyak sudah yang lingkup!!! So jalan terbaik adalah mengikuti perkembangan semasa dan menyiasat latarbelakang syarikat.

Sebarang pertanyaan sila gunakan borang di bawah

Selepas itu beberapa tahun yang lalu timbul pula Skim Cepat Kaya versi baru, yang mengikuti arus teknologi yang semakin berkembang dan alat perhubungan utama untuk masyarakat dunia berhubung atau pun untuk menjalankan promosi perniagaan. Skim Cepat Kaya pelaburan melalui internet, seperti web Fical, Winlifund, Al-Arabic, Buyebarrel, eukgold, Solidinvestment, Smartcash, Swisscash, Abbfund, Abfund, Cfventure, Swedenfund, Uebond, Esuissefund, Efmf dan ecashfinance. Semua ini telah melibatkan pelabur seluruh dunia yang menjadi mangsa Skim Cepat Kaya Internet dengan jumlah nilai yang teramat tinggi. Tetapi kita masih tidak serik ketika itu setelah berulang kali asik terkena dan tertipu baru kita sedar kita terlibat dengan pelaburan yang salah, sebenarnya iannya hanyalah "Scam".
Kini baru orang ramai mula sedar dan mempersoalkan. "Mana datangnya duit pulangan skim tu ? Labur RM500 dapat RM5000. Dari mana sebenarnya datangnya RM4500 tu ?". Tapi orang ramai sekarang sudah bijak tahu bagaimana pelaburan atau perniagaan sebenarnya.
PERNIAGAAN ONLINE & JENIS PENIAGAAN INTERNET NETWORKING
YANG MASIH BERTAHAN

Kursus Online
Jimatkan masa dan duit anda dengan memperolehi kemahiran pentadbiran dan keusahawanan melalui kursus secara online. Kami menawarkan kursus yang mengikuti perkembangan semasa dan keperluan industri.
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me to add your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.

Dropship
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me to add your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me to add your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Apa yang anda perolehi setiap bulan menggunakan HP anda ? Setiap bulan keluar duit untuk buat panggilan, call, sma, online dan lain-lain.... menguntungkan syarikat telekomunikasi sahajakan ?
Mahukah anda menggunakan rangkaian talian telekomunikasi yang memberi pulangan keuntungan setiap bulan, tanpa menjual apa2 !!!
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me to add your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me to add your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me to add your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.

Visit To Sabah
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me to add your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.