

KAYA ILMU TETAPI MISKIN IDEA
Pada dasarnya sekolah, kolej dan universiti bertugas memberi ilmu kepada para pelajar. Ilmu-ilmu yang diberikan kepada mereka itu adalah ilmu-ilmu yang terkandung di dalam siibus. Di hijung tempoh pengajian, mereka diuji dalam peperiksaan untuk mengetahui beberapa banyak ilmu telah mereka pelajari.
Sistem pendidikan menganggap idea tidak perlu diajarkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Adalah menjadi keyakinan para pentadbir pendidikan bahawa ilmu akan dengan sendirinya menghasikan idea. Malah mereka mungkin percaya ilmu adalah idea: orang yang ada ilmu tentulah orang yang ada idea. Lebih banyak ia memiliki ilmu, lebih banyak ia memiliki idea. Begitulah sangkaan kebanyakkan orang.
Ilmu dan idea adalah dua perkara yang berlainan: ibarat yang satu daun, yang satu lagi buahnya. Individu pula seperti pohon. Ada pohon yanga ada daun sahaja, sebagaimana ada orang yang ada ilmu sahaja. Manakala ada pula pohon yang ada daun dan ada buah, seperti halnya ada orang yang sekaligus memiliki ilmu dan idea.
Begitulah demikiannya setiap orang. Ada orang yang banyak ilmu sahaja tetapi miskin idea. Mojiriti orang-orang benua kecil adalah ibarat pohon yang subur dengan daun tapi mandul buah. Negara-negara yang telah berjaya melahirkan ilmuan-ilmuan bertaraf antarabangsa, malah ramai yang mencapai taraf dunia, tetapi ilmuan-imuan itu tidak berupaya mencipta idea-idea yang simpel sekalipun. Ilmuan-ilmuan itu seperti pohon "mabuk daun": otak mereka sarat dengan ilmu tapi minda mereka miskin idea.

Negara-negara yang berkembang maju adalah negara-negara yang memiliki banyak idea pencipta pebagai industri produk yang menterjemahkan idea-idea itu ke dalam pelbagai bentuk produk. Negara-negara itu adalah Amerika, Jepun, Jerman, Peranchis, Britain, Switzerland, Itali, Belanda, Korea Selatan, Sepanyol, Kanada, Belgium, Australia, China, Sweden, Taiwan, Brazil, Mexico, Norway, Taiwan, Venezuela, Turkey, Austria, India dan Findland.
Daripada 24 negara maju itu, 20 negara menggunakan bahasa kebangsaan negara mereka sendiri sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Hanya empat buah negara terdiri daripada negara-negara yang menggunakan bahasa bekas penjajah iaitu Brazil, Mexico, Venezuela dan India. Mereka termasuk ke dalam senarai itu melalui saiz syarikat-syarikat petroleum, bank nasional dan telefon milik kerajaan.
Bagi penyokong hipotesis Malik Bennabi, Ahli sosiologi Islam, yang membuat penyelidikan bagi membandingkan prestasi pemikiran cerdik pandai di benua kecil India dengan bangsa Jepun. Benua mengimport dan mengajarkan ilmu menggunakan bahasa Inggeris, manakala bangsa Jepun menggunakan bahasanya sendiri. Kedua-dua bangsa itu mempunyai beberapa persamaan:
1. Mereka sama-sama makan nasi, tetapi yang mencipta periuk nasi elektrik ialah bangsa Jepun.
2. Mereka sama-sama menanam padi menggunakan kerbau, tetapi yang mencipta traktor kecil untuk menggantikan kerbau ialah syarikat Kubota Jepun.
3. Mereka sama-sama memerlukan bekalan elektrik di luar bandar, tetapi yang mencipta generator ialah bangsa Jepun.
4. Mereka sama-sama mengimport motorsikal, tetapi yang mencipta motorsikal kecil ialah syarikat Honda Jepun.
Senarai di atas adalah sekadar contoh bagaimana benarnya hipotesis Maik Bennabi. Bangsa India mempunyai rekod kreativiti silam yang agung. Bangsa itu adalah bangsa pertama di dunia yang mencipta tamadun manusia. Ia adalah bangsa pertama mencipta sistem tulisan menggunakan huruf-huruf lambang bunyi-bunyi bahasa. Ia adalah bangsa pertama memiliki agama yang berdasarkan manuskrip suci bertulis dan masih kekal hingga sekarang. Ia adalah bangsa yang mencipta salah satu daripada tujuh keajaiban dunia yang terus ajaib hingga sekarang. Ia adalah bangsa yang mencipta karya sastera paling indah di dunia iaitu kisah-kisah Seribu Satu Malam. Ia adalah bangsa yang mencipta sistem penulisan angka yang kita gunakan sekarang, dan banyak lagi kreativiti silam.
Daya kreasi minda bangsa India yang agung itu musnah apabila para cendekiawan mula menggunakan bahasa asing sebagai alat mereka berfikir. Penggunaan bahasa Inggeris membunuh keasian minda India. Kini minda bangsa itu hanyalah merupakan minda sambungan dan minda pinggiran kepada minda bangsa Inggeris.
Golongan elit cerdik pandai di benua-benua Afrika, Amerika Latin dan India bukan kurang ilmu. Sebaliknya, mereka miskin idea. Ilmu yang digunakan oleh bangsa Jepun untuk mencipta periuk nasi elektrik hanyalah dua ilmu yang diajarkan pada peringkat sekolah menengah di benua India, iaitu imu sains haba dan sains logam. Ramai saintis di benua kecil India memiliki ilmu sains nuklear, dan jika dikehendaki mereka mampu membina senjata nuklear mengikut model barat. India pernah melahirkan seorang ahli fizik yang berjaya membetulkan kesilapan pada formula matematik Einstein. Tapi, tanpa kreativiti, meski mereka memiliki ilmu-ilmu import yang begitu tinggi, cerdik pandai benua kecil India itu tidak berupaya mencipta sekalipun periuk nasi elektrik.
Data-data analisis prestasi ekonomi negara-negara di dunia menunjukkan korelasi yang kuat antara bahasa, daya kreasi bangsa dan pencapaian teknologi pribumi.
Tetapi persoalannya di manakah ? kemanakah ? ilmuan-ilmuan negara kita selepas tamat belajar. Berkerja ? Berniaga ? atau....?????
BAGAIMANA IDEA BERTUKAR MENJADI DUIT

Penulis: Rosland M. (RM.Blogger71)
eMail: rm.blogger71@gmail.com
KELEMUMUR BERTUKAR JADI DUIT
Tajuk macam tidak masuk akal.
Bolehkah kelemumur bertukar jadi DUIT ???
Kalau boleh, dari dulu lagi saya suda simpan kelemumur ini.
Mesti sekarang keluar di media masa, media cetak JUTAWAN KELEMUMUR.
Orang yang malas syampu rambut pun lagi lebih kaya.
Tidak perlu berkerja, mendengar boss membebel itu ini.
Duduk rumah goyang - goyang kaki, bosan - bosan shopping
I, telling you, it is nonsense!!!
Zaman sekarang orang sudah tidak kisah. Tak kisah apa ? Tak kisah cara mana sekalipun untuk mendapatkan wang ringgit, sampai sambut jual anak, jual harga diri & jual dadah. Sebabnya kata mereka, mereka ada pilihan lain..... Itu adalah jawapan yang sangat merugikan dan boleh dianggap bodoh.
Kenapa Kita Menolak Untuk Lebih Sanggup Makan Gaji Daripada Punya Bisnes Sendiri ?
Kerana kita dari kecik sampai besar ibubapa kita selalu pesan, nanti besar jadilah doktor, jadilah engineer, jadilah wartawan, jadilah guru. Walhal, semua jawatan yang tersebut itu adalah jawatan makan gaji walaupun bidang profesional itu dipandang tinggi oleh masyarakat kita. Amat jarang sekali dalam kalangan ibubapa berpesan kepada anak - anak mereka, "kamu belajar rajin - rajin supaya boleh berkerja tanpa menjadi KULI kepada orang lain". Ada ibu kamu berpesan begitu ? TIADAKAN !!! Jadinya apabila semenjak kecil lagi minda kita di set untuk berkerja untuk orang, maka kebolehan dan keupayaan kita untuk menceburi perniagaan amatlah terhad. Jadinya kita tune mindset anak - anak kita, biarlah berkembang mindanya agar menjadi seorang usahawan yang berjaya dan membuka peluang untuk MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN untuk orang lain berkerja dengan anda.
Saya memulakan perniagaan secara suka - suka di awal usia 11 tahun. Dengan sedikit kemahiran melukis, saya mulakan dengan membuat penanda buku yang saya jual dengan harga ketika itu 50sen sahaja. Bila cuti sekolah, saya akan siapkan bahan - bahan untuk dijual. Adik - adik akan mengelilingi saya, melihat apa yang saya lukis. Siap bahan, naik sekolah saya jual pada kawan - kawan yang duduk di sebelah kiri dan kanan di sekolah. Kemudian, saya up lagi, dengan menjual pen pulak kepada kawan - kawan. Bila mereka tengok tulisan saya cantik, mereka mua tanya, cantik tulisan saya. Saya apa lagi, terus promote pen yang saya guna dan saya jual. Kaedah yang saya gunakan untuk menjual jenama TUNE EXCEL, sama sahaja kaedahnya dengan cara saya berniaga pen ketika saya berusia 12 tahun. Kita pakai, kita jadi testimoninya. Orang akan percaya, bila dia nampak buktinya.
3 bulan (ketika menulis artikel ini) sudah saya bersama Tune Talk - Tone Excel. Alhamdulilah, makin hari perjalanan perniagaan makin berkembang dengan bantuan isteri & Biz Patner saya (andalah). Dulu di awal penyertaan saya, seringkali saya dengar kata - kata "Anda Buat Anda Dapat" dari sekeliling saya. Tapi saya bulatkan hati untuk terus bersama Tune Talk - Tone Excel, walaupun ramai yang memerli, menentang dan macam - macam lagi. Sekarang alhamdulilah, mereka juga sudah menjadi "Anda Buat Anda Dapat". Kini kehidupan saya dan isteri mula berubah kepada lebih baik. Tabungan juga berganda.
Saya ingin share dengan sahabat - sahabat baik yang saya lihat mempunyai masalah kewangan akibat hutang sana sini. Ada juga yang cukup - cukup sahaja, tidak pula berlebih. Bila dengar PELUANG PERNIAGAAN jer LARI.....Padahal belum dengar lagi. Yang dia nampak "mesti jual barang", "susah ni kalau jual barang". Tetapi nafsu tinggi nak tambah pendapatan.
Saya senaraikan antara alasan - alasan yang sering saya terima daripada sahabat - sahabat yang ingin kongsi kesenangan seperti saya.
1. AKU TIADA IDEA LAH ..... TIDAK TAHU NAK JUAL PADA SIAPA ........ AKU X NAMPAK LAGI. @ AKU RAMAI ORANG NAK PAKAI TAPI TIDAK TAHU NAK MUA DARI MANA ?
Belum apa - apa lagi sudah "Judge" kemampuan sendiri. Ini adalah cara orang yang tidak pernah mencabar keupayaan diri kerana dia selesa dengan keadaan dia yang hanya cukup - cukup makan dengan hanya makan gaji. Ada juga saya jumpa orang yang banyak idea. Nak promote kat orang A, nak promote kat orang B lah, tapi tindakan untuk bersama - sama saya dalam bisnis tak ada. Idea semata - mata hanyalah sampah. Idea peru disusuli dengan kajian kemudian tindakan. Dalam hampir semua keadaan, idea hanyalah 1% daripada kejayaan, manakala 99% lagi datangnya daripada tindakan. Ramai orang mempunyai pelbagai idea, tetapi hanya beberapa orang yang akan berusaha melaksanakan sesuatu idea. Jika mempunyai banyak idea sekalipun, ianya tidak berguna jika tidak menghasilkan duit. Idea perlu menghasilkan duit.
2. TIDAK ADA MASA NAK BUAT BISNES .... TAKUT TAK DAPAT CARI ORANG !!!
Siapa yang mempunyai masa ? Kita boleh menghabiskan masa untuk beborak kosong, menonton TV dan tidur berjam - jam, tetapi anehnya kita tidak mempunyai masa untuk meningkatkan pendapatan kita. Tidakkah dengan bertambahnya pendapatan kita, anak - anak kita akan mendapat penghidupan yang lebih baik ? Adakah berborak kosong , menonton TV dan tidur berjam - jam lebih penting daripada kehidupan anak - anak kita ? Pernah tak kita habiskan kerja yang perlu dihabiskan dalam masa 7 hari, hanya dalam satu malam sewaktu mengejar dateline ? Ini membuktikan kita sebenarnya mempunyai masa yang banyak sekiranya kita berusaha atau terdesak. Ikut sahaja cara orang atas berniaga. Kerana dalam apa - apa jua bentuk perniagaan perlu secara berkumpulan / persatuan. Barulah networking kita bertambah. Kemahiran kita juga bertambah. Ikut saja upline konfem akan berjaya. Jangan lari daripada berjumpa atau berbincang dengan UPLINE, kita lari daripada upline konfem akan tersungkur sebelum sempat kita melangkah.
3. SAYA TUNGGU STABIL DULU, BARU NAK BERNIAGA !!
Ramai orang yang bercakap sebegini sebenarnya dia x akan memulakan sesuatu itu sehingga ke akhir ayatnya melainkan ada sesuatu yang mendesak dia supaya dia bertindak untuk berniaga. Contoh, diceraikan suami, suami sudah mula cari lain dan sebagainya. Tapi sebenarnya kita tidak perlukan PHD untuk memulakan sesuatu. Jika mulakan selepas mempunyai PHD, kita akan menyesal. Buat apa nak buat bisnes kalau sudah stabil ? Masa tengah tak stabil & kesempitan wang nilah kita berniaga. Cari peluang berniaga dimana - mana.
4. BOLEH PERCAYAKAH ? KENAPA LAMBAT SANGAT DAPAT UNTUNG ?
Bagaimana ia boleh terbukti berjaya kalau kita tidak mencuba. Perniagaan adalah satu pembangunan yang memakan masa yang panjang. Kita perlukan banyak masa untuk belajar dari kegagalan. Jadi kita tidak akan tahu samada sesuatu itu akan betul - betul berjaya atau tidak.
Jika kita sudah tahu sesuatu idea itu terbukti berjaya, pada waktu itu sudah terlewat bagi kita kerana sudah ada orang lain yang sudah memulakannya.
KEJAYAAN YANG DATANG PADA KITA SEBENARNYA ADALAH SESUATU PENCAPAIAN YANG TIDAK PERNAH KITA DUGA. OLEH ITU, AMBIL PELUANG YANG ADA DI DEPAN MATA. MANAFAATKAN KEMAJUAN TEKNOLOGI (IT) YANG ADA. KERANA DENGAN TEKNOLOGI IT KITA BOLEH BERTEMU MELALUI ONLINE UNTUK BERBINCANG PERIHAL PERNIAGAAN.
Rosland M
RM.Blogger71


