


PENGANGGURAN DI MALAYSIA
Pengangguran di kalangan siswazah di negara kita semakin meningkat, mengapa dan wajarkah ianya terjadi kepada pelajar-pelajar lepasan universiti ? Apakah masalah sebenar yang menyebabkan pelajar lepasan universiti itu menganggur ?
Faktor-Faktor Pengangguran
Masih ramai graduan yang menganggur walaupun mereka sudah beberapa tahun menamatkan pengajian tinggi (IPT). Kebanyakkan mereka bukan tidak mendapat pekerjaan atau tidak menerima sebarang tawaran tetapi mungkin tugas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka. Kebanyakkan graduan ini masih mencari pekerjaan yang dirasakan tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai bekas penuntut universiti.
Menurut Mohd Suhaidi B. Sautar, 25, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa Utama, antara faktor yang menyebabkan pengangguran di kalangan siswazah ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih perkerjaan atau sesuatu pekerjaan yang ditawarkan itu tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang mereka semasa belajar di universiti. Mereka lebih suka tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan daripada berkerja bukan dalam bidang mereka.
Mereka lebih sanggup menganggur daripada berkerja sebagai kerani atau jawatan lain yang dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik berkerja daripada menganggur. Pemikiran "lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai" perlu dibuang minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah merugikan sektor yang memerlukan tenaga kerja.
Sebenarnya peluang pekerjaan yang ditawarkan masih banyak tetapi mereka tidak tahu mengambil peluang ini. Di samping itu, terdapat beberapa agensi usahawan yang menawarkan peluang keusahawanan bagi mereka yang berminat memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Selain itu, mereka juga boleh memperolehi pekerjaan dengan pelbagai cara. Contohnya mereka menceburi bidang pertanian dan mengusahakan kawasan terbiar sehingga memperolehi hasil dan menjadi petani yang berjaya. Oleh yang demikian, bukan kerja kosong tidak ada tetapi sikap yang terlalu memiih kerja di kalangan graduan menyebabkan perkerjaan itu tidak dapat diisi.
Menurut Arnida Bt Abu Bakar, 31, Pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama bekata, "salah satu masalah penting menyebabkan berlakunya pengangguran siswazah ialah kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan". Majikan akan lebih berhati-hati menggunakan kriteria ini untuk memiih graduan-graduan yang diperlukan. Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lama. Keperluan pengambilan dan penambahan tenaga buruh pula akan dihitung dengan lebih teliti dari segi keberkesanan kos dan produktiviti. Perlumbaan untuk mendapatkan pekerjaan dijangka akan lebih bersifat persaingan dan ini akan memberi faedah yang besar kepada majikan untuk memilih kualiti tenaga yang terbaik yang menguntungkan firma-firma perniagaan mereka.

Pengangguran di kalangan siswazah akan terus berlaku sekirannya mereka tidak berusaha mencari alternatif baru membina kerjaya persendirian atau menceburikan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu menggerakkan ekonomi di samping dapat berperanan memberi peluang pekerjaan kepada golongan lain. Ruang bagi golongan mahasiswa menceburi pelbagai bidang pkerjaan persendirian, perniagaan dan keusahawanan begitu luas. Bidang-bidang yang boleh diceburi ini bagaimanapun memerlukan inisiatif dan kegigihan.
Menurut Hafsah Mohamed, 23, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa Utama, pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat setiap tahun adalah di antara isu-isu yang saban hari diperkatakan. Antara faktor yang menyumbangkan terhadap keujudan dilemma ini adalah kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta kebanjiran siswazah-siswazah dari institut pengajian tinggi awam dan swasta yang begitu ramai sehinggakan nisbah jumpa penganggur dan kerja kosong tidak sama rata. Selain itu juga, taraf pendidikan/piawaian peperiksaan dan kelulusan siswazah-siswazah yang agak rendah, membuatkan mereka jarang di beri peluang pekerjaan.
Kesemua faktor-faktor ini berhubungkait antara satu sama lain. Kebanyakkan peajar berjaya mendapat ijazah masa kini walaupun purata pencapaian tidaklah ditahap yang memuaskan. Dengan pencapaian tahap rendah, iaitu kemungkinan CGPA 2.4 kebawah, agak sukar untuk mereka mendapat peluang pekerjaan segera. Majikan akan memilih siswazah-siswazah yang cemerlang dan mempunyai kemahiran serta pengalaman bekerja. Pada masa yang sama, kebolehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris memainkan peranan yang paling penting di dalam setiap temuduga. Kebanyakkan siswazah yang kurang fasih berbahasa Inggeris akan merasakan kesukaran mendapat tawaran kerja. Namun begitu, ada juga segelintir siswazah yang mempunyai pencapaian yang cemerlang tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan, ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman berkerja serta tiada keyakinan pada diri semasa temuduga diadakan.
Menurut Mohd Faiz Zharif B. Shamat, 24, seorang pelajar lepasan Kolej Universiti Islam Selangor di dalam pengkursusan Diploma Pengajian Islam (Usuluddin), pernah menganggur selama 6 bulan di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan dan tinggal bersama keluarga kerana sikapnya yang malas berkerja dan ingin rehat di rumah serta tidak bersedia untuk berkerja. Di dalam tempoh pengangguran itu dia hanya mengharapkan sumber pendapatan daripada ibubapanya. Selain itu juga , "saya adalah seorang cerewet memilih pekerjaan dan mahu gaji yang tinggi dan memilih penempatan yang sesuai bagi diri saya tanpa berfikir kelulusan saya semasa belajar di kolej dahulu". ujarnya
Menurutnya lagi selepas enam bulan menganggur, dia mula merasa bosan tinggal di rumah dan tidak mengetahui dunia luar, lalu membuat keputusan mencari kerja dan tekad untuk berkerja tidak kira apapun pekerjaan asalkan sumber pendapatan yang halal serta boleh menyara kehidupannya. Selepas itu dia mendapat pekerjaan di satu tempat sebagai pam attendent sepenuh masa di setesen minyak Petronas di batang kali.
Menurut Amzan B. Satiman, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor berkata, "faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah dari segi perindustrian. Kebanyakan siswazah tidak tahu membawa diri di dalam dunia realiti, mereka hanya mementingkan akademik semata-mata. Pembelajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja tetapi ianya merangkumi aktiviti luar. Aktiviti-aktiviti ini yang memberikan kita banyak pengalaman dan mengajar kita bagaimana cara untuk berhadapan dengan khlayak ramai, berorganisasi, menyelesaikan masalah serta melakukan tugas dengan baik".
Pihak swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding akademik, ini kerana kos untuk mengadakan latihan intensif kepada pekerja baru akan membelanjakan wang yang banyak dan memberi sedikit kerugian kepada sesebuah syarikat pada masa itu. Selain itu juga, siswazah harus bijak dan aktif dalam berkomunikasi serta cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum.
Pengangguran siswazah boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada diri itu sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Contohnya apabila seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan atau tidak mempunyai wang untuk keperluan harian, kemungkinan dia akan memilih jalan yang mudah untuk mendapatkan hasil yang lumayan dengan melakukan pekerjaan yang menyalahi undang-undang. Contohnya merompak, dadah dan macam-macam lagi. Pekerjaan seperti ini akan mendatangkan risiko kepada diri sendiri serta kepada orang lain. Semua ini terjadi kerana seseorang itu berfikiran sempit, terdesak, tertekan dengan tiadanya pekerjaan.
Cara-Cara Mengatasi Pengangguran
Menurut Hamid, 41, Pensyarah Kolej Universiti Isam Selangor (KUIS), berkata "masalah pengangguran siswazah boleh diatasi dengan pelbagai cara. Antaranya ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan serta perlu berfikir secara profesional dan janganlah bersikap negatif terhadap sesuatu pekerjaan, kerana ianya akan merugikan diri sendiri. Di samping itu, mereka perlu pilih kerjaya yang betul dan mempunyai sikap tanggungjawap kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara".
Selain itu, kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan program sekolah atau universiti kerjaya dengan jelas. Mereka perlu mengadakan kursus khas atau perancangan tegas kepada graduan daripada menyediakan pekerja untuk sektor awam dan sektor swasta kepada sektor keusahawanan, pertanian, perlombongan dan lain-lain lagi.
Kerajaan juga perlu mewujudkan pusat maklumat siswazah di semua IPTA dan IPTS dengan aktif membuat aktiviti-aktiviti penyelidikan mengesan siswazah secara berkala dan melaksanakan program penempatan guru siswazah sehingga 50% pada semua setiap sekolah rendah. Ini untuk memastikan modal insan dan modal budaya dapat digunakan dengan cara yang lebih wajar oleh guru-guru yang terlatih.
Menurut Amzan, 41, Pensyarah, berkata "kursus yang ditawarkan di IPTA dan IPTS hendaklah berasaskan analisis keperluan tenaga kerja dalam semua jenis sektor di negara ini, bukan hanya bersandarkan kepada keupayaan akademik di sesebuah IPTA atau IPTS".
Di samping itu, golongan yang masih belajar di sekolah atau IPT perlu memiih bidang pengajian yang boleh disesuaikan dengan penawaran kerja di pasaran. Kerja yang ditawarkan di pasaran melebihi jumlah golongan penganggur, tetapi pemikiran mereka harus diubah. Pemikiran "lebih baik menganggur seagi tidak jumpa kerja sesuai" harus dibuang jauh-jauh dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah ia merugikan sektor yang memerukan tenaga kerja.
Graduan perlu memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris untuk memberi diri kelebihan serta mudah diterima dalam pasaran kerja. Oleh itu, kerajaan haruslah menaikan taraf pendidikan dan juga terus mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan siswazah agar masalah ini tidak akan menghantui fikiran semua rakyat Malaysia di masa akan datang. Selain itu, graduan juga perlu bijak berkomunikasi dan mempunyai keyakinan diri semasa berhadapan dengan orang lain, jangan takut dan teragak-agak menjawap apabila berinteraksi dengan orang berpangkat besar ataupun orang atasan.
Kesimpulannya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan masing-masing jangan terlalu memikirkan profesional. Graduan perlu bermula dari bawah untuk mendapatkan pengalaman, bukan terus dari atas. Justeru, graduan tidak seharusnya bersikap memilih, kerana ini bukan sahaja untuk kebaikan negara, malah ianya juga untuk kebaikan diri graduan itu sendiri dan sikap seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan ke atas diri mereka sendiri. Bayangkan berapa banyak pengalaman berkerja dan pendapatan yang mereka rugi jika hanya duduk di rumah disebabkan sikap memilih kerja. Selain itu, mereka harus mempunyai kemahiran dan pengalaman berkerja. Maka dengan itu mereka haruslah berfikiran terbuka dan bijak dalam menangani masalah ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Bak kata pepatah "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian", dan satu lagi pepatah yang mengatakan, "di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan ndak seribu daya tak nak seribu dalih".
TEKNIK MENYEDIAKAN "RESUME"
PENGENALAN RESUME
Selama kerjaya saya dalam bidang pengurusan, saya banyak terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa proses pemilihan calon. Proses pemilihan ini biasanya melibatkan penerimaan resume, online assessment dan diakhiri dengan temuduga. Calon-calon terbahagi kepada dua kategori, fresh graduates dan experienced.
Seperti yang saya katakan di awal tadi, proses yang pertama di mulai dengan pemilihan resume. Sad to say, rata-rata resume yang kami terima langsung tidak ada ciri-ciri yang diingini. Jangan terkejut jika saya katakan, kebanyakkan resume (Versi Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu) lepasan ijazah kita adalah lebih teruk daripada budak lepasan SPM. Sudahlah tidak menarik dibaca, kemudian pula penug dengan kesalahan ejaan. Malah olahan perkataan yang digunakan juga kurang menarik.
Kenapa ? Mostly kerana kebanyakkan graduan kita lebih suka copy paste bulat-bulat dari Internet atau dari kawan. Sedarlah sedikit. Tiada dua individu yang sama di muka bumi ini. Jadi mengapa mesti anda meniru format resume mereka ?
Anda adalah insan yang unik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pamerkan keunikkan itu dalam resume anda.
Pasti tiada individu yang boleh menandingi anda.
Dan
Pasti ramai bakal majikan yang akan tertarik
Yakinlah!
Jangan lupa resume anda adalah perkara pertama yang akan dilihat oleh bakal majikan. So, your resume must speak for it self!
Melainkan anda memohon untuk kerja kerajaan. Bahasa rasmi yang diterima pakai oleh kebanyakkkan syarikat di Malaysia adalah Bahasa Inggeris, jarang sekali Bahasa Melayu. Hahaha ...inilah yang menjadi masalah besar kepada graduan kita. Inilah sebabnya ramai yang suka copy paste bulat-bulat dari sumber lain (yang akhirnya memakan diri sendiri kerana resume mereka menjadi sama seperti tidak ujud di mata bakal majikan).
Resume anda tidak perlu mempunyai tahap Bahasa Inggeris that will impress even Queen Eilzabeth. Memadahi kalau resume anda mudah dibaca dan bebas dari kesalahan grammar. And a few strong words here and there to enhance the overall experience.
Baiklah mari kita mulakandengan sedikit pengenalan resume.
Apa itu resume ?
Resume sebenarnya adalah ringkasan kelayakkan anda. Istilah resume itu sendiri datang dari perkatan perancis, yang bermakna 'ringkas'. Curriculum Vitae atau CV adalah di antara nama yang lain yang digunakan untuk resume.
Resume anda mestilah menerangkan tentang latar belakang dan personaliti anda. Ia juga harus mencukupi pengalaman professional dan sukarela, skill yang berkaitan pendidikan dan pencapaian anda.
Apakah Kriteria resume yang efektif ?
Resume yang efektif mestilah memberikan tanggapan pertama (first impression) yang baik kepada pembacanya. Samada resume Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, jika penulisan resume anda dipenuhi kesalahan ejaan yang ketara manakala kertas yang digunakan pula nampak terperonyok dan comot. Tak payah susah-susah tunggu panggilan temuduga. Anggaplah anda telah tewas sebelum perjuangan kerjaya anda bermula.
Ada pula sebahagian golongan yang terus print resume dair Jobstreet. Senang cerita, katanya.
Memanglah senang, lahi senang untuk future employer menilai diri anda - 'jenis tak tahu berusaha'. Dan lagi senang untuk resume anda menjadi 'halimunan' di baik timbunan resume yang lain. Segelintir pandang je, hilang mood nak baca. Nothing interesting or catchy. Jadi tolonglah .... elakkan sama sekali yerrr ?
Of course, isi kandungan resume adalah yang paling penting sekali. Maklumat di dalam resume anda mestilah tersusun, mudah dibaca dan results-oriented. Bagaimanakah cara membuat resume yang sebegitu ? Sila lihat panduan dan format resume dibawah.
Resume yang efektif menawarkan yang berikut:
-
Memenuhi keperluan majikan. Majikan biasanya akan mengambil pekerja yang memenuhi kriteria tertentu yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Resume anda mestilah menggambarkan andalah orang yang paling layak.
-
Mempamirkan anda sebagai aset. Menekankan pencapaian anda di bidang yang berkaitan dan menunjukkan bahawa anda adalah prospek terbaik dengan kebolehan yang ada pada anda. Membekalkan data yang membuktikan anda telah menjalankan tanggungjawab yang lepas dengan jayanya dan telah menyumbang secara konsisten kepada perkembangan syarikat.
-
Data yang terang dan jelas. Ingat ! Majikan biasanya akan menerima ratusan permohonan untuk jawatan kosong setia hari. Semasa proses menyaring resume-resume tersebut, purata masa yang diambil untuk membaca satu resume adalah 15 saat atau kurang. Jadi pastikan maklumat dalam resume anda adalah terang, jeas dan mudah dibaca.
-
Menyiapkan anda untuk proses temuduga. Kandungan resume yang baik akan membantu anda untuk fokus kepada pencapaian serta kejayaan impian anda. Ia juga menolong pemprosesan data minda untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin dikemukakan semasa temuduga. Apabila anda mengenali diri anda sendiri (dari segi apa yang teah anda capai setakat ini dan apa yang anda boleh sumbangkan di tempat baru), anda akan lebih yakin untuk menghadapai temuduga.
Contoh Resume
Sekiranya anda mencari contoh resume yang dihasilkan oleh RMECorp untuk klien (maaf kerana anda tidak akan menjumpainya di laman ini). Privasi pelanggan adalah sangat penting bagi pihak pengurusan RMECorp.
Setiap resume yang dipesan atau yang ditempah dari RMECorp adalah unik, seunik pemilik resume tersebut. Apa yang akan dikongsi dengan anda di sini adalah teknik yang digunakan oleh RMECorp sendiri dan huraian lengkap sebagai contoh resume yang baik akan dihasilkan. Khas untuk mereka yang lebih suka menulis resume mereka dengan sendiri.
Anda masih boleh menggunakan tips yang sama untuk resume Bahasa Melayu
Mari kita mulakan
Maklumat Peribadi (Personal Information)
Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan email. Anda boleh juga memasukkan profail secara ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri, opssss......
Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting
Hobi/Aktiviti Masa Lapang (Interest/Hobbies)
Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang anda buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja-kerja amal ? Gemar fotografi ? Menyelam ? Penulisan Kreatif ? Sebutkan...
Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.
Pendidikan Dan Kelayakan Profesional (Education And Professiona Qualifications)
Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Contohnya; anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika atau taska. Sekiranya anda berkeras juga (degil sungguh) nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee........anak siapa ler nieeeee) anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.
Maklumat kelayakan profesional adalah kursus-kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI Certification, Kursus andaman dan sebagainya.
Ingat!
Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria-ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan.
Skil/Kemahiran (Skills)
Sertakan ringkasan skill: Kemahiran menggunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, projek management, menggubah bunga, penyedian western food dan sebagainya.
Ingat !
Hanya letakkan skil yang paling relevan denag kerjaya yang anda pohon sahaja. Kalau apply untuk kerja network engineer, jangan letak 'mahir menjahit cross-stitch'. Confirm kena baling dengan telur busuk.
Bahasa (Language)
Letakkan beberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekirannya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut disertakan.
Contoh;
Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.
Pengalaman Kerja (Working Experince)
Maklumat yang paling penting daam penulisan resume adalah pengalaman kerja anda. Mengapa ?
-
Perkaran pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.
-
membezakan antar yang experience dengan yang fresh graduate.
-
Memutuskan sama ada anda mampu atau tidak memikul tanggungjawab yang lebih berat.
-
Menentukan basic salary anda (fuiyo ! penting tu $$$$$).
So macamana nak start cerita pasal working experince nih ?
-
The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalam kerja anda yang terkini.
-
Nyatakan tarikh (tahun/bulan) bia anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama diantaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.
-
Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan profesional feel kepada penulisan resume anda.
-
Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda menyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan bertanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukat-tukar kerja.
Fresh Graduates: Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus dan praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.
Pencapaian Dalam Kerjaya (Accomplishments)
Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan orang lain ?
Calon lain pun ada skil yang diperlukan.
Calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman.
Calon lain pun ada rujukan yang baik.
Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka ?
Jawapannya adalah: Pencapaian anda dalam bidang kerjaya
Inilah kriteria penghulu dalam penulisan resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan besar anda berpeluang dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders.
Tetapi jarang sekali lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.
Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.
Lihat dua contoh dibawah:
Nampaknya perbezaan antara A dan B ? Kedua-duannya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:
1. Penggunaan perkataan yang power - developed, comprehensive
2. Penerangan yang lebih fokus - softskill & Product Knowledge
3. Pencapaian - That lead to 32% increase in service level.
Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan ? Tepuk dada tanya lah selera.
Rujukan (Referees)
Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dalam bidang akademik, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor telefon untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.
Penting !
Minta izin dulu ye ? Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka hati. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk berkerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.
Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyatakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.
Gaji (Salary)
Gaji sekarang (Current Salary)
Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahulah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda berkerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut.
Dengan kata lain, anda kantoi.
Gaji yang dikehendaki (Expected Salary)
Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500-RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman) Atau gunakan prinsip kenaikan 30% - 50% dari gaji lama.
Jangan sekali-kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.
Jangan lupa letakkan terma 'Negotiable' atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan baha gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.
Contoh:
Expected Salary



eBook Panduan Untuk Usahawan & Rahsia Kejayaan

Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga amat tinggi.
The bottom line is this: if it's not asked, don't volunteer. Senang cerita.....
Bagi yang memilih khidmat pakar dari RMECorp untuk penulisan resume, rundingan percuma kan diberikan untuk aspek sekiranya diperlukan.
Kami di RMECorp yakin, anda mampu berbuat perubahan yang drastik dalam kerjaya anda untuk 20 - 30 tahun akan datang dengan berbekalkan penulisan resume yang mantap, Insyallah.
FORMAT RESUME
Bagaimana sepatutnya format resume anda ? Apa font yang disyorkan ? Perlukah mengepilkan gambar ? Cuba lihat beberapa free tips yang saya berikan dibawah ini.
Anda masih boleh menggunakan tips yang sama untuk resume Bahasa Melayu
1. Hadkan resume anda kepada tiga muka surat
Jangan panjang melalut dan jangan terlalu ringkas. Graduan kita suka resume panjang-panjang. Kadang-kadang tebal resume mengalahkan tebal dicitionary. Padahal baru setahun jagung bekerja.
Jika anda lihat pasaran luar negara, kebiasan format resume yang standard adalah terhad kepada satu mukasurat sahaja. Tetapi di Malaysia, panjang yang di syorkan adalah di antara dua hingga lima muka surat (bergantung kepada pengalaman)
Bila resume terlalu panjang, majikan pun rasa berat nak go through. Ada banyak lagi resume untuk mereka nilai. Hasilnya, resume anda akan dibaca secara kasar dan lompat-lompat. Resume anda juga tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya.
Rugikan ?
Jadi, sila masukkan maklumat yang releven sahaja. Bagaimana ? Rujuk Panduan Penulisan Resume sekirannya anda belum berbuat demikian.
2. Jangan mengabaikan maklumat yang penting kerana nak ringkaskan resume.
Sekirannya resume anda terlalu penuh, anda perlu melakukan sedikit editing dan fokus kepada maklumat yang paling relevan dengan bidang anda. Jangan pula mengecilkan saiz font, membesarkan margin atau membuang spacing semata-mata nak muatkan tiga muka surat.
Pendek kata, jangan berkompromi dengan layout resume anda! Resume yang nampak semak boleh menjejaskan bacaan dan minat bakal majikan.
3. Staple dan nomborkan setiap muka surat.
4. Sebaiknya kepilkan gambar hanya hanya diminta berbuat demikian.
Gambar berukuran pasport sisyorkan. Jangan meletakkan gambar yang nampak tidak profesional di mata bakal majikan.
Gambar anda dengan pose yang manja lebih afdal diletak dalam Myspace atau Facebook.
5. Gunakan satu bahasa.
Bahasa rasmi yang diterima pakai di kebanyakan sektor swasta di Malaysia adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya anda memohon untuk kerja kerajaan, sila gunakan resume Bahasa Melayu.
6. Gunakan format MS Word atau PDF.
Dua aplikasi ini adalah yang paling biasa digunakan.
7. Gunakan format font jenis 'Arial' (My recommendation)
Kajian telah membuktikan bahawa font jenis 'Arial' lebih nampak profesional dan mudah dibaca. Pilihan kedua adalah 'Times New Roman' .
Jangan gunakan font yang nampak saja cantik tetapi mampu MENJULINGKAN mata pembacanya.
8. Pilih saiz font yang sesuai
Jangan gunakan saiz font yang lebih kecil dari 10 points untuk body resume. Terbaik adalah saiz 11 - 12 points. Header boleh menggunakan font yang lebih besar: satu atau dua point lebih besar dari body resume.
9. Jangan gunakan pelbagai format font dalam satu resume.
Kebudakkan sungguh (!!!) Pilih satu dan kekalkan untuk keseluruhan resume.
10. Highlight menggunakan format Boldface.
Menggunakan format 'Bold' boleh menolong untuk menekankan elemen penting dalam resume dan menarik perhatian pembaca kepada perkara tersebut. Jangan pula 'bold' seakan sampai hilang effect yang dikehendaki!
11. Gunakan Caps Lock dan Format Underline untuk tajuk-tajuk sahaja.
Itupun dengan berpada. Jangan gunakan 'underline' untuk perkataan atau frasa dalam body resume. Elakkan sama sekali penggunaan 'Caps Lock' untuk body resume.
12. Elakkan penggunaan format Italic.
'Italic' biasanya digunakan dalam cetakkan untuk menekankan perkataan atau frasa. Ia kurang sesuai digunakan untuk dokumen-dokumen profesional. Tetapi, sekirannya keseluruhan resume anda dalam bahasa Melayu, anda boleh menggunakan 'italic' untuk perkataan bahasa inggeris dan sebaliknya.
13. Gunakan margin.
Tinggalkan sekurang-kurangnya margin satu inci di muka atas, bawah dan untuk dua tepi. Margin yang sebegini memberikan rupa yang kemas kepada format resume anda.
Jangan gunakan border yang kurang dari setengah inci.
14. Gunakan format single-spacing untuk body, dan format double-spacing untuk perenggan dan tajuk.
15. Gunakan format bullets untuk highlights pencapaian.
Isi penting kerap tenggelam dalam format perenggan. Penggunaan 'bullets' menolong menyusun maklumat yang berkaitan dan menekankan kepentingannya. Jangan melebihi daripada sepuluh 'bullets' untuk satu perenggan.
16. Hadkan panjang perenggan kepada tidak lebih dari 5 atau 6 baris.
17. Gunakan layout resume (style/design) yang nampak profesional.
Ada dua sebab. Pertama, format resume anda akan nampak berbeza dari yang lain. Jadi menarik perhatian pembaca dengan sekali pandang.
18. Keep it simple.
Jangan cuba menggabungkan tiga atau empat format stail yang berbeza untuk satu resume. Pilih satu dan kekalkan untuk keseluruhan format resume.
19. Jangan gunakan font berwarna-warni (lebih dari satu warna).
Jangan!
20. Semak semula
Baca resume anda seberapa banyak kali yang boleh. Anda boleh meminta bantuan orang lain untuk membaca dan menilai resume anda. Pastikan segala panduan resume telah anda patuhi termasuk pengunaan ejaan yang betul.
Anda tidak semestinya memenuhi kesemua 20 kriteria di atas untuk format resume. Mungkin ada yang tidak sesuai atau tidak memenuhi kehendak bidang anda. Contohnya; anda ingin memohon kerja kosong dalam bidang grafik. Anda boleh mengabaikan tips nombor 5 dan sebaliknya menggunakan aplikasi grafik untuk mempersembahkan resume anda dengan lebih baik. Secara tidak langsung, bakal majikan juga dapat melihat skil anda di situ.
Penting!
Tips berikut bukan tujuan untuk memperbaiki kandungan resume anda, sebaliknya untuk meningkatkan kebolehbacaan (readability) resume tersebut.
WORD POWER
Bagi anda yang boleh atau bercadang untuk menulis resume sendiri, anda boleh gunakan action verbs dan strong adjectives and adverbs di bawah untuk memperbaiki resume, temuduga atau apa juga huraian kerja yang terdapat dalam portfolio kerjaya anda.
Kalau mahu terjemahan maknanya sekali, rasanya sampai anak kucing saya berjanggut pun tak boleh siap. So, gunakanlah kamus dewan bahasa yerrrrr ??
Jadual ini akan dikemaskinikan sekerap yang mungkin.
Lagi word power




Pilih jawapan yang terbaik!


Nota
Sekirannya anda telah disable pop-up pada komputer, selesai sahaja menjawap anda tidak akan dibawa ke muka jawapan secara automatik. Sekiranya hal ini berlaku, sila klik di sini: Jawapan kuiz resume. Ia akan membawa anda ke muka jawapan yang mengandungi huraian lengkap tentang setiap jawapan kuiz resume.
TIPS TEMUDUGA
Setiap hari ada saja kerja kosong yang diiklankan. Setiap hari beribu calon menghadiri temuduga. Tapi bukan semua ditawarkan kerja. Kenapa yer ?
Haaa....sebabnya tidak cukup kalau resume anda saja yang tip top, anda juga perlu membuat persediaan untuk temuduga.
"Saya bimbang dengan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, berkeyakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya
Saya cukup setuju dengan kenyataan di atas. Saya pun banyak pengalaman menemuduga calon sebegini dan yang paling tidak saya dapat lupakan bila calon yang di temuduga membawa ibubapa kedalam bilik temuduga semasa proses temuduga berjalan. Bayangkan calaon ditemuduga ibubapa dia duduk kat kiri kanan calon, mendengar soalan-soalan temuduga, bukan itu sahaja, malah sempat bantu bagi jawapan. INIKAH KUALITI GRADUAN KITA ?
Pada pendapat saya;
Salah satu sebabnya adalah pendidikan di Malaysia yang lebih kepada exam-oriented. Menjurus kepada penghafalan semata-mata. Jadi bila tiba masa untuk mempratikkannya di dunia nyata seperti temuduga, tidak ramai yang dapat mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa.
Salah "kedua" khkhkh adalah sistem pendidikan di Malaysia perlu ada anjakan paradigma. Kena berani membuat perubahan. Kerana untuk menjadi negara maju, bukan sahaja kemajuan itu dilambangkan dengan adanya pentadbiran politik yang kuat atau dengan tingginya bangunan-bangunan yang kita ada atau dengan ekonomi negara kita yang kita rasa yakin kukuh!!!! Tapi semua ini sementara....kerana mereka yang ada sekarang akan pergi dan anda yang bakal menganti mereka. Makanya keberanian yang perlu ada adalah perubahan anjakan sistem pendidikan agar kita boleh melahirkan pemimpin pelapis negara yang berkualiti serta rakyat yang mempunyai daya pemikiran serta kemahiran yang hebat untuk menjadikan negara kita maju dan benar-benar maju bukan sahaja dari segi pembangunan tetapi maju dari pemikiran dan tindak tanduk rakyatnya. Opppsss ni nantilah kita bincangkan....sebab ini sudah melibatkan hal ehwal pentadbiran negara.
Mungkin terdetik dalam hati anda sekarang. "Jadi apa yang boleh saya buat bermula dari sekarang untuk memastikan saya betul-betul bersedia untuk temuduga ?"
Tips temuduga yang berikut boleh membantu.
Perkara yang perlu anda tahu:
-
Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia di jalankan dalam Bahasa Inggeris, buka Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata-mata untuk menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.
-
Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris dan sebaliknya. Begitu juga dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak Singapore (macam wesite ni khkhkhkh...)
-
Samada penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh;
1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)
2. Membaca secara lantang artikel artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat adan seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa jerrrr.
3. Berlatih bertutur Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan-rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda menunjuk-nunjuk. Bukan mereka menjaga periuk nasi anda.
-
Temuduga adalah masa untuk menampikan diri anda untukmencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan menilai anda dan kesesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah belagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan) atau sebaliknya. Nanti menyampah penemuduga tengok.
-
.Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.
-
Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak. Jangan pula biarkan fikiran anda melayang-layang, seangan seperti mat jenin.
-
Jangan cakap takbur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Quran mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik...Wah macam Comment AF lah pula....Tu..la Al-Quran malas nak sentuh...Berabuk kat dalam almari.
-
Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala....macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya-iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib....
-
Cara anda menjawab soalan akan menunjukan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidak off-topic.
-
Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.
-
Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.
-
Jangan mengulangi soalan yang telah pun tejawab semasa temuduga.
Mari kita saling berkongsi untuk kejayaan bersama!
SOALAN TEMUDUGA
Anda boleh ibaratkan pengalaman menghadiri temuduga sama seperti menyelam ke laut dalam. Apa saja mungkin terjadi. Anda mungkin terjumpa terumbu karang yang eksotik atau mungkin ditelan jerung!
Takut ker...?
Tidak perlu gementar.
Walaupun setiap majikan adalah berbeza dan soalan temuduga adalah khusus untuk industri tertentu, masih ada soalan-soalan yang sesuai untuk semua bidang. Baca dan fahamkan soalan-soalan temuduga di bawah. Semua soalan temuduga yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan keperluan sektor swasta di Malaysia sahaja.
Fikirkan jawapan yang paling sesuai berdasarkan pengkhususan kerja anda (ini adalah permulaan yang baik untuk persediaan temuduga). Selain itu, berlatih seolah-olah anda sedang diajukan soalan-soalan tersebut dalam temuduga. Anda boleh menggunakan bantuan beberapa perkataan yang power.
Remember, Pratice makes perfect! Bakal majikan pasti tertarik dengan kebolehan anda untuk menjawab apa jua soalan yang diajukan. Di bawah saya berikan beberapa contoh soalan temuduga untuk lepasan ijazah dan yang berpengalaman.
Tell me about yourself ?
Ceritakan tentang diri anda
Anggaplah bahawa soalan ini membuka peluang untuk anda mempromosikan diri sendiri. Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya tidak. Jangan habiskan sepuuh minit untuk bercerita tentang butiran peribadi anda sahaja. Majikan tidak mahu tahu anda berasal dari mana atau di mana anda sekolah. Hadkan jawapan kepada nama, umur, kediaman sekarang dan kelayakkan teringgi. Selepas itu tekankan pada kelebihan skil dan pengalaman anda. Habiskan jawapan anda dengan menyuarakan keinginan untuk berkhidmat kepada syarikat tersebut.
Why should we hire you ?
Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini ?
Jangan menjawap soalan ini secara umum seperti kebanyakan calon. Sejumah besar calon akan memberi jawapan hardworking atau honest. Jangan buat kesalahan yang sama. Serlahkan keistimewaan anda dengan menghuraikan tentang kualiti diri anda yang unik.
Why do you want to work here ?
Mengapa anda memilih syarikat ini ?
Ini adalah salah satu soalan temuduga yang akan digunakan oleh majikan untuk memeriksa sama ada anda ada membuat sedikit homework. Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan temuduga tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Sekirannya anda bersedia dengan maklumat-maklumat tersebut, majikan akan melihat anda sebagai seorang yang berinisiatif dan boleh diharap. Anda juga akan lebih bersedia jika ditanya soalan yang berkaitan dengan syarikat.
What is your greatest weakness ?
Apakah kelemahan anda yang paling ketara ?
Soalan ini perlu dijawab dengan jujur. Tetapi pada masa yang sama, ceritakan bagaimana kelemahan tersebut menjadi kelebihan kepada anda. Contohnya, ceritakan bagaimana anda menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan syarikat yang lepas dan apakah langkah-langkah yang anda telah ambil mengatasi masalah tersebut. Ini akan mengambarkan anda sebagai seorang individu yang mampu mencari kelemahan diri sendiri dan berusaha memperbaikinya.
Why did you leave your last job ?
Kenapa anda berhenti dari tempat kerja yang lepas ?
Walaupun kerjaya anda di tempat yang lepas berakhir dengan dahsyat (!), baik anda berhati-hati apabila menjawab soalan ini. Jangan ambil peluang ini untuk mengadu domba. Ia akan memberikan imej yang tidak baik (bad impression) semasa temuduga. Jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekirannya anda perlu ada menyatakan beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek yang positif juga.
Describe a problem situation and how you solved it ?
Huraikan sesuatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya ?
Soalan temuduga ini memerlukan anda berfikir. Memang agak sukar untuk anda menjawab soalan ini, lebih-lebih lagi sekiranya anda fresh graduate dan tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja. Penemuduga ingin melihat kebolehan anda untuk berfikir secara kritikal tidak kira untuk apa situasi. Walaupun masalah yang anda hadapi cuma tidak cukup masa untuk belajar, terangkan langkah-langkah yang anda ambil untuk menyusun jadual harian anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik.
What accomplishment are you most proud of ?
Apakah pencapaian yang paling anda banggakan ?
Taktik menjawab soalan ini adalah dengan memilih pencapaian yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon. Walaupun pencapaian anda yang terbaik adalah mendapat tempat pertama dalam peraduan memasak maggi peringkat negeri, tolong pilih pencapaian yang berkaitan dengan kerjaya profesional anda. Fikir kualiti-kualiti yang diingini majikan an tekankan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria tersebut.
What are your salary expectations ?
Berapakah gaji yang anda harapkan ?
Soalan temuduga ini juga amat sukar, terutamanya bagi yang kurang pengalaman. Perkara pertama yang anda perlu lakukan, sebelum temuduga adalah menyelidiki lingkungan gaji untuk bidang anda di Malaysia. Anda boleh menggunakan khidmat percuma Jobstreet untuk tujuan tersebut. Jangan mengemukakan apa-apa soalan berkaitan gaji kepada penemuduga selagi penemuduga tidak berbuat demikian. Sekirannya penemuduga mengemukakan soalan tersebut, berikan lingkungan gaji yang anda inginkan, misalnya RM2000 - RM2500. Jangan berikan jawapan yang spesifik sehingga anda ditawarkan kerja.
Contoh soalan temuduga untuk yang berpengalaman (experienced) di petik dari ebook RMECorp
What kind of salary would you expect for this job ?
Base on your job description, which mention that your prefer someone experienced with a master's degree in Engineering. I hope you consider the pact that ny skils also meet you highest standards. Thereore, I would expect a salary at the high end of your pay range for the position. Can you give me some indication of the range.
Penemuduga akan menyingkirkan calao yang meminta gaji yang tidak reaisitik. Jika anda meminta gaji terlalu rendah, anda akan nampak kurang pengetahuan dan jika teralu tinggi, anda mungkin ditolak mentah-mentah. Oleh itu, cara terbaik ialah mengajukan kembali soalan kepada penemuduga. Dapatkan skala gaji yang boleh ditawarkan dan bagaimana kelayakkan anda bertepatan dengan skala tersebut.
What motivates you ?
There are four main things that motivate me. The first is my need to achieve excellence in every task that I set out to do. The second is my desire to contribute to my firm. The third factor that motivates me is that I enjoy success and accompishement, because I regulary review mu goals and like to see tangible results when I do! I aso belive in growth and the fact that if you're not moving forward, learning new skills, meeting new people, you're moving backwards. Finally, I like to feel that my work is being rewarded in an appropriate way.
Jawapan terbaik untuk soalan di atas. Boleh gunakan untuk semua jenis jawatan atau industri.
What is your greatest weakness ?
Contoh 1
I have desire to achieve excellence and always like to give 100% when given a task to do. So sometimes I find it a little frustrating when others are being lazy and aren't putting in the effort they could be. I am very aware of this weakness and try to overcome it by adopting an energetic and positive attitude to the task that I hope spreads through the team.
Contoh 2
I consider myself a 'big picture' person. I sometimes skip the small details. For this reason, I always have someone on my team that is very detail oriented.
Contoh 3
Somtimes, I get so excited and caught up in my work that I forget that my family life should be my number one priority.
Contoh 4
I like to keep busy and productive at work. I always feel really bad during slow times because I feel that I am not contributing. So, when those times do come up, and that does happen on occasion, I have learned to ask other collegues if they need assistance or to ask my supervisor if there is anything that they would like me to help them with.
Jangan gunakan jawapan yang terlalu pendek atau umum "I am a workaholic" atau "I am a Perfectionist". Pastikan ada sedikit huraian dan penyelesaian. Jawapan-jawapan di atas boleh anda gunakan mengikut kesesuaian.