
Full Time Business Online

"Kehidupan ini terlalu singkat, dan manafaatlah kesingkatan itu sebaik-baiknya. Paling penting ucapkan kata-kata "Terima Kasih" kepada mereka-mereka yang menjatuhkan anda, kerana angkara busuk hati mereka, rencana jahat mereka anda berada di puncak kejayaan. Bersyukur kepada Allah kerana memberi anda kesabaran menempuhinya segalanya "Diam bukan bererti anda kalah atau takut" dan hanya INSAN-INSAN TERPILIH sahaja yang Allah nikmat ini......"
Inilah Cerita Saya
Jika anda mempunya produk atau barangan yang perlu bantuan jualan, sila berhubung dengan kami. Kami adalah Agen Pemasaran Produk untuk membantu menjual produk anda....










Rosland M di lahirkan di Hospital Labuan, kini Wilayah Persekutuan Labuan pada 1971. Menjadi penulis adalah sesuatu perkara yang tidak dirancang, kerana ianya adalah secara kebetulan ketika zaman kejatuhan sebuah empayer kehidupan yang tidak terancang apa lagi untuk merancang. Menumpang teduh seketika di sebuah syarikat akhbar tempatan (Watan Sabah) yang kebetulan memerlukan seseorang untuk mengembangkan edaran akhbar mereka keseluruh pelusuk Sabah. Syukur alhamdulilah dengan adanya seciput pengalaman itu saya diterima untuk membantu mereka walaupun bayaran sebulan tidak seberapa, kerana hasrat saya ingin menimba ilmu dan membantu kawan.
Disinilah bermulanya dengan tidak disengajakan saya teribat dengan bidang penulisan, walaupun ilmu penulisan masih kurang lagi tetapi saya percaya jika kita sentiasa berusaha untuk menimba ilmu, ilmu itu akan bertambah. Kesempatan berkerja dengan syarikat akhbar ini telah membuka peluang untuk saya belajar selok belok dari awal hingga akhir proses penyediaan bahan berita, memasukkan bahan berita, percetakkan dan memasarkan surat khabar ini ke seluruh Sabah (2 kali keluaran seminggu).
Syukur dengan nikmat yang dan peluang yang Allah beri dan pasti setiap kejatuhan dan musibah yang Allah telah berikan pada kita, pasti akan ada sesuatu hikmah yang tersembunyi, samada memberi hukuman atau memberi sesuatu yang lebih baik.
Sebelum-sebelum ini pengalaman saya berbeza, saya pernah bertugas di Majlis Perbandaran Tawau dan Petronas Methanol Labuan dalam bidang PERAKAUNAN, namun tugas ini saya rasakan tidak mencabar diri saya untuk menganjak pada tahap maksimum. Saya perlu karier yang mencabar jiwa atau diri saya agar menjadi lebih berani dan bernilai. Dalam diam saya mencari peuang untuk menceburi bidang yang lebih mencabar jiwa dan diri saya dan saya cuba untuk menyertai syarikat industri Insuran terbesar di Malaysia yang mana ketika itu teribat dengan menjual insuran nyawa dan hartabenda. WOW....!! bidang ini terlalu dan teramat-amat mencabar. Anda bayangkan, diri saya ketika zaman belajar adalah seorang yang berpewatakkan pendiam dan memang kurang berkawan, suka buat hal sendiri....tiba-tiba menceburi bidang yang amat mencabar, yang perlu berkomunikasi dengan baik, perlu berperwatakkan baik, perlu mempunyai ramai kenalan dan pendik cerita kena tahu bersosial dalam kehidupan berkerjaya seperti bidang ini. Bukan mudah Bro....tanya otai-otai yang berjaya dalam bidang perniagaan tak kiralah bidang perniagaan Offline atau Online, yang pasti mereka juga punya cerita emas yang mereka lalu sebelum mereka berjaya ketahap seperti sekarang ini.
Syukur alhamdulilah dalam bidang insuran ini telah membawa banyak perubahan dalam sifat kebiasaan kehidupan saya selama ini. Saya berubah daripada pendiam menjadi orang yang pandai bergaul serta menyusun kata, pandai berkomunikasi dengan orang dan yang terbaiknya saya tidak gentar untuk menghadapi siapa saja untuk berurusan termasuklah dengan orang-orang atasan atau VVIP. Setelah mendapat pengalaman dan keyakinan diri yang saya membuka agency insuran saya sendiri, alhamdulilah walaupun hasil tidak sekaya mana tapi peningkatan perniagaan lebih daripada cukup untuk menampung kehidupan. Saban hari perniagaan semakin maju. Sudah pasti kemajuan ini tidak akan datang tanpa sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan yang membantu menggunakan perkhidmatan perniagaan yang saya jalankan. Malah pengalaman yang sehingga sekarang saya tidak boleh lupakan apabila pada ketika ini juga kali pertama saya cuba-cuba belajar menjadi kontraktor, kerana ada kawan-kawan yang membantu menawarkan projek untuk saya laksanakan. "Biasalah kalau orang tahu kita berduit, semua rezeki (offer) datang melayang....orang tahu ada duitlah katakan". Dan pengalaman pertama saya mendapat kerja kontrak ni ialah "Painting & Blasting" kapal laut, yang mana seorang kawan entah mimpi apa tiba-tiba datang offer bagi projek, projek..projek kapal laut pula tu. Ya kapal laut yang besar tu...Wow..wow..wowlah lagi, apa tidaknya dapat projek besar, bagi sayalah ketika itu, siapa tak bangga. Tetapi memandangkan saya tidak berpengalaman melaksanakan kerja-kerja tersebut, saya meminta bantuan rakan baik saya yang mana keluarga mereka mempunyai cukup pengalaman dan hebat dalam bidang
"painting & blasting". Kawan saya ini adalah sahabat karib saya ketika di bangku sekolah menengah dan alhamdulilah setelah berbincang dengan beliau, beliau setuju membantu saya untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan bayaran yang telah kami persetujui.
Maka era sebagai kontraktor saya pun baru bermula dalam fasa kehidupan saya dan saya tidak perlu risau dengan kerja-kerja projek, kerana saya tahu sahabat karib saya mampu melaksanakannya dengan baik dan menepati masa yang diberikan oleh pihak pemilik projek. Dan seperti yang saya jangkakan kerja-kerja telah disiapkan lebih awal daripada yang sepatutnya dan setelah pihak pemilik projek membuat pemeriksaan dan pengesahan, mereka berpuashati dengan kualiti kerja dan jangkamasa menyiapkan kerja. Kini tinggal menunggu dan menghitung hari untuk menerima tuntutan bayaran kerja.
Sebulan, dua bulan, tiga bulan sampai empat bulan menunggu tuntutan bayaran tidak juga sampai-sampai, mula-mula tidak juga rasa cemas sebab bagi saya ketika itu yang baru pertama kali berpengalaman dengan kerja-kerja sebegini, mungkin kebiasaan tuntutan mengambil masa lama untuk dibayar kepada kontraktor. Masuk ke enam bulan saya sendiri datang ke pejabat syarikat tersebut dan ingin berjumpa kawan yang menawarkan saya projek teadi. Malangnya saya dimaklumkan oleh kakitangan disana, mengatakan orang itu sudah berhenti kerja. Ok saya terus kebahagian akaun bertanyakan berkenaan tuntutan bayaran kerja saya. INI agi dasyat....Alangkah terkejutnya saya bila kakitangan akaun tadi menyatakan bayaran telah dibuat 3 bulan yang lalu; "Tapi saya tidak menerima apa-apa cek atau mengambil cek di sini", bila kakitangan akaun itu memeriksa butir-butir bayaran, lagilah saya terkejut bila ada surat yang menggunakan letterhead syarikat saya, cop syarikat syarikat saya dan tandatangan palsu konon saya yang tandatangan, menyatakan dan kononnya saya mengarahkan segala tuntutan pembayaran projek ini hendaklah dibayar/dipindahkan ke atas nama syarikat lain yang saya tak tahu siapa (rupa-rupannya kawan yang menawarkan saya projek tu LANUN). Kini baru saya sedar pengalaman pertama untuk menjadi kontraktor tidak seindah seperti yang disangka. Pengalaman pertama sudah kena tipu.
Demi Allah satu sen pun saya tak merasa duit daripada projek pertama saya tu, duit saya keluarkan untuk perbelanjaan projek tu adalah. Malangnya lagi bila saya telah berjanji dengan rakan yang membantu saya membuat kerja-kerja sehingga selesai untuk membuat pembayaran dengan nilai yang telah dijanjikan tidak dapat saya bayar. Akhirnya kami berselisih faham dengan sahabat karib dan dia menuduh saya menipu dia, walaupun duit itu sebenarnya satu sen pun saya tidak dapat merasa. Walaupun saya telah jelaskan segala-galanya yang berlaku dan sehingga sekarang persahabatan kami putus begitu sahaja.
BERMULA dari peristiwa itu saya fobia sekejap kalau dengar tawaran kerja kontraktor dan buat sementara waktu saya lupakan bidang itu seketika. Dan mencuba memujuk hati dengan mencari peluang pekerjaan.
Ketika mencari peluang pekerjaan tulah... masa tulah kawan bagitahu ada iklan kosong di surat khabar untuk jawatan Executive Pemasaran..... Cuba-cuba apply dapatlah pula dan dipendekkan cerita dalam masa 3 bulan aku kerja di naikkan pangkat menjadi Penolong Pengurus Pemasaran dan masa ni juga saya terlibat dengan Skim
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau pesanan atau apa-apa sahaja, sila gunakan ruangan dibawa. Terima kasih di atas respond anda.
Cepat Kaya terbang RM100,000, sebab saya sendiri tidak menyedari syarikat yang tempat saya berkerja ni menjalankan perniagaan Skim Cepat Kaya, masa saya interview dulu kononnya menjalankan perniagaan Trading import export udang, merancang membina Supermarket dan kawasan perumahan dan macam-macamlah lagi....macam-macam hal penyangak dunia perniagaan ni. So pada tahun 1999 syarikat itu di serbu Bank Negara, aku jadi penanam anggur lagi, sudahlah duit aku hangus kat dalam tu.. kereta BMW & rumah banglo saya pun terpaksa jual.
Tapi syukur alhamdulilah ada kawan hubungi saya dan menyatakan ada kawan perlu minta bantuan untuk syarikat akhbarnya.....so terlibatlah secara tidak langsung walaupun di bagi RM300 sahaja sebulan. Kesiankan.
Sebenarnya kalau mahu diceritakan kisah saya ni panjang lagi tak muat ruangan ni. Saya belum ceritakan lagi berkenaan group saya ditipu untuk deposit satu projek besar. Deposit kami lesap RM800,000. Lepas tu belum lagi saya ceritakan saya bantu promosi perniagaan orang lain dan syarikat tu buat duit dengan ambil duit orang lain. Saya yang tolong promosi pula yang dituduh menipu (lain yang dapat makan buah nangka sedap-sedap, saya pula yang dapat getah). Banyak...banyak lagi sebenarnya....Cuma kekuatan aku pada Allah....
Selepas dari syarikat akhbar tulah baru saya dapat tawaran kerja sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan, Salah sebuah syarikat "Training Consultant" untuk cawangan Sabah. Dan paling lama saya bertugas dalam bidang akademik, iaitu lebih kurang 16 tahun di Institut Pengajian Tinggi Swasta, iaitu Kolej dan Kolej Universiti. Jawatan terakhir semasa saya makan gaji Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Deputy CEO).
Kini menjalankan business online sepenuh masa dan menjadi CEO untuk RMECorp Group yang menjalankan perniagaan sebagai konsultant pembangunan perniagaan dan agensi pemasaran, bengkel motivasi dan kemahiran, pereka website, blog dan borang - borang online, termasuk pengiklanan melalui internet, perniagan online, kabinet dapur dan lain-lain . Alhamdulilah, kerana sifu-sifu saya semuanya yang berjaya dalam dunia business online.
Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah dunia pembelajaran dan dunia realiti ada dua benda yang berbeza. Realiti kehidupan tidak akan ada dalam silibus pembelajaran kita, kerana kita perlu laluinya, dengan bepijak di bumi yang nyata serta menghadapinya dengan bijak dan menjadi perencana perjalanan kehidupan anda sebaik.-baiknya Berhati-hatilah diluar sana, kerana bila anda keluar ke dunia pekerjaan sebenar, itulah fasa permulaan kehidupan anda yang sebenar-benarnya.
Terima Kasih mengunjungi halaman blog/web saya. Sekiranya anda ingin berkongsi maklumat atau ingin bertanyakan berkenaan business online, dengan hati terbuka saya alu-alukan.
Rosland M.
RM.Blogger71