



SAYA MEMILIH PERNIAGAAN INTERNET, MENGAPA ?
Kawan-kawan dan orang ramai sering bertanya, apa yang saya lakukan sekarang dan dimana saya berkerja. Disebabkan itulah soalan tersebut menjadi tajuk artikel saya kali ini. Dan bila kita maklumkan buat busines Internet, macam-macam bermain dalam kepala otak mereka. Pelaburankah ? Tiada lain dalam kotak fikiran mereka asal sebut busines Internet sahaja mesti pelaburan Internet.
Apakah semua pengamal-pengamal busines Internet menjadi jutawan disebabkan busines pelaburan Internet ? Kalau anda memberi jawapan YA, beerti anda belum mengetahui lebih jelas apakah busines Internet sebenarnya yang di maksudkan. Saya harap artikel ini dapat membantu anda berkenaan business Internet.
Ada banyak cara untuk mendapatkan wang melalui bidang perniagaan, tetapi mengapa saya memilih perniagaan Internet berbanding perniagaan Offline ? Bagi saya, jawapan yang paling mudah adalah perniagaan Internet amat mudah dan cepat untuk di mulakan.
Saya mengambil contoh kawan saya yang mahu memulakan perniagaan menjual handphone sebelum ini. Sememangnya banyak perkara yang perlu diambil kira semasa peringkat awal, contohnya nak dapatkan kedai sewa, pembekal, pekerja dan lain-lain hal yang kadang kala merumitkan jika ada sesuatu masalah. Tetapi, untuk memulakan perniagaan Internet ianya hanya memerlukan masa kurang daripada sehari untuk menguruskan sewa hosting, domain name atau kemungkinan hanya mengambil masa 1 jam sahaja untuk memulakan perniagaan Internet ini.
Berikut adalah antara sebab mengapa saya lebih sukakan perniagaan Internet berbanding perniagaan Offline. Antaranya;
-
Modal yang paling rendah untuk dimulakan. Masa saya mula dahulu, saya gunakan modal hanya RM100 sahaja.
-
Tidak perlu dokumen yang remeh temeh untuk memulakan perniagaan ini.
-
Perniagaan Internet bersifat global. Tidak tertumpu pada satu tempat sahaja.
-
Perniagaan Internet sentiasa berkembang walaupun dalam keadaan ekonomi merundum.
-
Sesiapa sahaja boleh mulakannya dari rumah, tidak perlu menyewa atau memiliki pejabat.
-
Kita berpeluang menjana pendapatan daripada nilai matawang asing. walaupun hakikatnya kita di Malaysia.
-
Boleh berkerja bila-bila masa kita mahu.
-
Perniagaan Internet beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu walaupun kita sedang tidur, bercuti, menonton wayang atau sebagainya.
-
Tidak perlu dengar suara dan arahan BOSS yang asik membebel.
Ada banyak lagi sebenarnya mengapa Perniagaan Internet menjadi pilihan saya dan "Internet Marketer" yang lain. Tapi, saya rasa sebab-sebab diatas sahaja sudah cukup membantu untuk sesiapa yang masih bertanya-tanya tentang konsep perniagan Internet ini.
Satu lagi perkara yang paling penting adalah, anda mesti tahu gaya jiwa anda. Perniagaan Internet, tetapi juga salah satu bidang perniagaan yang memerlukan anda mempunyai Jiwa Business untuk menyertainya. Jika jiwa anda jenis lebih selesa berkerja dengan orang lain kemungkinan bidang perniagaan ini kurang sesuai dengan anda. Jadi, pastikan anda tahu apa yang anda mahukan.
BUAT DUIT DI INTERNET - 5 PERKARA PENTING YANG PERLU ADA UNTUK BUAT DUIT DENGAN PERNIAGAAN ONLINE
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan melalui Internet, artikel ini khas untuk mereka yang baru sahaja hendak bermula dan juga kepada anda yang sudah menceburi bidang perniagaan Internet, tetapi masih gagal menjana RM1 pertama di Internet.
Kemungkinan soalan ini berada di kepala anda sekarang:
Benarkah boleh buat duit melalui Internet ? Mengarut betul.....
RM1000 dalam masa satu minggu ? Tak logik....
Duduk rumah jerrr boleh buat busines ??????
Jangan biarkan persoalan diatas menganggu fikiran anda. Buat duit di Internet sememangnya logik untuk dipratikkan, malah ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan lumayan setiap bulan. Berikut adalah perkara penting yang perlu anda ketahui untuk memulakan misi anda menjana wang di Internet.
1. Tetapkan 'Mindset' yang betul - Ianya adalah perkara yang asas yang anda perlu ada. Mindset yang salah adalah anda hanya memikirkan wang akan masuk dengan laju ke akaun bank anda sebaik sahaja memulakan perniagaan Internet. Jika ini menjadi fokus anda apabila melangkah perniagaan Internet, krmungkinan anda akan kecewa. Mindset yang betu adalah anda perlu fokus bagaimana memastikan perniagaan internet yang bakal anda jalankan ini akan berjaya.
2. Produk untuk dijual - Tidak semestinya anda perlu ada produk sendiri untuk dijual. Ada juga orang yang menjual produk bagi pihak orang lain tetapi mampu menjana pendapatan hingga ribuan ringgit sebulan. Jika anda mempunyai produk sendiri lagi bagus, tetapi jika tiada produk sendiri, cuba dapatkan produk orang lain untuk dijual. Perkara penting di sini adalah belajar bagaimana untuk menjual atau memasarkan produk tersebut supaya berjaya terjual di Internet.
3. Dapatkan Teknik - Jika anda masih baru dalam perniagaan Internet, maka anda memerlukan satu teknik pemasaran online dan belajar bagaimana menguasai teknik tersebut untuk di aplikasikan ke atas pemasaran produk anda.
4. Kumpul Prospek - Perkara ini mungkin sedikit sukar bagi sesiapa yang baru memulakan perniagaan Internet. Mereka yang menjana pendapatan beribu-ribu di Internet biasanya mempunyai senarai prospek yang ramai dalam bentuk senarai email. Bayangkan jika anda mempunyai 5000 senarai email, anda hanya perlu mempromosikan produk anda kepada senarai ini sahaja untuk mendapatkan jualan.
5. Dapatkan Mentor - Sememangnya sangat sukar jika anda belajar sesuatu perkara yang baru tanpa bantuan atau bimbingan seorang mentor atau guru. Jadi, dapatkan mentor yang anda percaya dan pakar dalam bidang perniagaan Internet untuk membimbing anda membina perniagaan Internet anda.
Kesimpulan
Jika anda benar-benar mahu mengecapai kejayaan seperti apa yang anda baca di email, akhbar atau sebagainya. Cepat bertindak itu adalah penting. Pastikan anda rujuk perkara yang seperti saya terangkan di atas sebagai tindakan anda.


MENGAPA PERLU BERNIAGA DI INTERNET ?
Percayakah anda ramai para peniaga dapat mempertingkatkan hasil jualan mereka 200% kali ganda setelah mempunyai laman web di Internet ?
Percayakah anda bahawa Internet merupakan medium nombor satu untuk mengaut keuntungan perniagaan berlipat kali ganda ?
Cerita 1:
Saya mempunyai seorang kawan membuka perniagaan membuat pagar rumah dan semua yang berkaitan dengan membina grill keselamatan atau seumpamanya. Perniagaannya tidak mendapat sambutan walaupun di kawasannya, hanya beliau sahaja yang mempunyai kedai menawarkan perkhidmatan tersebut. Beliau juga banyak menghabiskan duit membuat iklan di surat khabar tetapi tidak mendapat sebarang respond dari pelanggan.
Sebaik sahaja beliau membuat laman web perniagaan beliau dan mengiklankannya di Internet juga di surat khabar bersama alamat laman web perniagaannya, tiba-tiba perniagaan beliau meningkat dengan mendadak. Pelanggan datang tanpa henti mendapatkan khidmatnya. Lihatlah kesan daripada sesebuah perniagaan laman web.
Cerita 2:
Kawan saya seorang penulis Novel di salah sebuah syarikat penulisan terkenal. Sebelum ini penjualan novelnya agak perlahan. Pencetakkan pertama pun memakan masa yang lama untuk dihabiskan.
Setelah beliau mempromosikan novel beliau di Internet, beliau kini boleh tersenyum lebar kerana berpusu-pusu orang membeli Novel beliau. Bukan sahaja novel yang baru, malah novel yang lama pun orang masih bertanya untuk membelinya.
Lihatlah, dari kedua cerita tadi, kita dapat melihat kesan daripada adanya perniagaan di Internet. Ia sungguh menguntungkan, kerana seluruh dunia orang boleh melihat perniagaan yang kita tawarkan.
KEGAGALAN PERNIAGAAN DI INTERNET
Sebelum saya terangkan bagaimana membina perniagaan menerusi Internet, biar saya jelaskan kenapa kita sering menemui kegagalan berniaga di Internet.
1. Kita Tahu Tapi Tidak Bertindak
Cuba anda jawab teka teki saya ini;
Ada 10 ekor anak ayam yang sedang dilihat oleh beberapa ekor helang di angkasa, 8 ekor anak ayam ini sedar bahawa mereka sedang dilihat oleh helang-helang yang bila-bila masa sahaja boleh menangkap mereka. Oleh sebab itu 8 ekor anak ayam ini hendak menyorokkan diri daripada dilihat dan dimakan oleh helang-helang tadi. Helang-helang tadi telah bersedia dan terus menjunam kebawah dan menangkap anak-anak ayam tadi. Berapa ekorkah yang terselamat ?
Jawapannya adalah tidak ada seekor pun yang selamat walaupun 8 ekor anak ayam tadi hendak menyorokkan diri. Ini kerana 8 ekor anak ayam tadi cuma ingin menyorok bermakna mereka baru sahaja merancang untuk menyorok. Tetapi mereka belum bertindak untuk menyorok.
Kaitan cerita ini dengan anda
Anda ingin memulakan perniagaan di Internet tetapi anda tidak bertindak. Anda cuma ingin sahaja. Orang yang berjaya adalah mereka yang bertindak melakukan sesuatu bukan hanya dengan berAngan sahaja. Kerana inilah kita sering gagal di dalam perniagaan Internet. INILAH BEZANYA DIRI KITA DENGAN MEREKA YANG BERJAYA DI INTERNET. HANYA INI SAHAJA. PERCAYALAH. Mereka bertindak dan mengaplikasikan segala yang mereka pelajari dari pembacaan mereka ke dalam hidup mereka. Buka sebab cara marketing kita salah da sebagainya.
Anda ingin memulakan perniagaan tetapi anda tidak bertindak seperti belajar bagaimana memulakannya. Anda tidak cuba mempelajari cara-cara perniagaan yang mudah di Internet. Terdapat berjuta-juta artikel seperti yang saya karang ini di Internet (di dalam bahasa Inggeris) yang menerangkan rahsia perniagaan di Internet. Anda tidak bertindak belajar memulakan perniagaan di Internet dengan cuma membaca artikel-artikel ini. Tidak perlu datang ke bengkel untuk mengetahui cara berniaga di Internet, kerana mereka yang berjaya kebanyakkan cuma membaca buku dan artikel di Internet. Tetapi mereka bertindak.
*JANGAN jadikan pembinaan laman web satu halangan untuk anda. Saya akan beritahu jalan penyelesaian di hujung artikel ini nanti.
Sebenarnya saya sengaja memberi nombor ke atas sebab kegagalan berniaga di Internet di atas, sedangkan ia tidak perlu dinomborkan kerana ia cuma satu sebab sahaja. Ini, kerana saya ingin menunjukkan kepada anda itulah SEBAB UTAMA KEGAGALAN untuk kita memulakan perniagaan di Internet.
BAGAIMANA PERNIAGAAN DI INTERNET MENGUNTUNGKAN ?
Bayangkan Kronologi ini
Anda berjalan di dalam sebuah kompleks membeli-belah, dimana di dalamnya terdapat pelbagai kedai yang menjual pelbagai produk. Anda sebagai pengunjung dan juga pembeli akan berjalan-jalan di dalam kompleks membeli-belah mencari produk-produk keperluan anda. Sesekali anda akan terjumpa dengan produk yang menarik minat anda. Anda mungkin membelinya kerana anda menyukainya walaupun anda tidak merancang membelinya.
Anda juga dapat melihat iklan-iklan terpampang di merata-rata tempat di dalam kompleks membei-belah tersebut. Anda juga dapat melihat produk-produk baru di letakkan oleh peniaga di sudut hadapan kedai-kedai mereka untuk menarik minat pelanggan seperti anda.
Baiklah, anda membayangkan hal tersebut dan pastinya anda dapat merasakan suasananya bagaimana bukan ? Sekarang cuba anda baca dan bandingkan dengan maklumat di bawah ini.
LAMAN WEB DI INTERNET ADALAH KOMPLEKS MEMBELI-BELAH
Di Internet, laman web anda adalah sama sahaja seperti SEBUAH Kompleks membeli-belah yang selalu anda kunjung seperti yang saya jelaskan di atas. Di dalamnya ada pelbagai kedai yang menjual produk yang boleh menjadi pilihan setiap pengunjung yang datang.
Pengunjung di Internet tidak perlu menggunakan tenaga untuk berjalan-jalan mencari produk. Mereka hanya perlu duduk dan klik sana sini melihat produk yang mereka suka. Mereka boleh bertanya menggunakan borang maklum balas yang disediakan.
Anda juga boleh mengiklankan produk-produk orang ramai di dalam laman web anda di Internet dengan mengenakan bayaran sewa meletakkan iklan produk tersebut. Anda bebas meletakkannya di mana-mana.
Secara ringkasnya, dapat disimpulkan di sini, LAMAN WEB PERNIAGAAN ANDA DI INTERNET SAMA DENGAN SEBUAH KOMPLEKS MEMBELI-BELAH DI LUAR SANA. JIKA ANDA MEMILIKI SEBUAH LAMAN WEB PERNIAGAAN INI SAMALAH SEPERTI ANDA MEMPUNYAI SEBUAH KOMPLEKS MEMBELI-BELAH YANG HARGANYA JUTAAN RINGGIT!!!!...
KELEBIHAN-KELEBIHAN PERNIAGAAN INTERNET
Di bawah ini saya senaraikan kelebihan-kelebihan mempunyai perniagaan Internet.
Perniagaan Anda Tanpa Sempadan
Di Internet, anda meletakkan perniagaan anda tanpa sempadan. Perniagaan anda boleh dikunjungi dan diketahui oleh sesiapa sahaja yang berada di dunia ini. Anda meletakkan perniagaan anda bersaing dengan perniagaan-perniagaan hebat di Internet. Yang penting di Internet adalah promosi. Siapa yang hebat promosi, dialah dapat mengaut keuntungan yang lebih. Promosi di Internet bukanlah masalah besar. Letakkan gambar produk anda juga merupakan satu promosi. Mudah sahaja bukan ?
Perniagaan Tanpa Had Masa
Perniagaan di Internet bermakna anda MEMBUKA KOMPLEKS MEMBELI-BELAH ANDA 24 JAM SEHARI, 7 HARI SEMINGGU, 365 HARI SETAHUN tanpa kos tambahan.
Mengujudkan Jarangan Perniagaan Tanpa Had
Di Internet, jumlah jaringan perniagaan anda adalah tanpa had. Anda boleh menghubungkan berapa banyak yang anda suka dengan perniagaan lain dengan mudah dengan membina pautan perniagaan lain di laman web anda. Anda tidak perlu meminta kebenaran telebih dahulu kerana di Internet, semua bersifat global. Malah anda boleh membentuk komuniti perniagaan anda sendiri tanpa ada sekatan bersama-sama dengan perniagaan yang besar dan hebat.
Memberi Maklumat Perniagaan Dengan Lebih Baik
Dengan adanya laman web, anda dapat memberi maklumat tentang perniagaan dan produk anda dengan lebih baik kepada orang ramai. Anda boleh menambah maklumat anda sentiasa pada bila-bila masa di mana jua anda berada. Anda dapat menerangkan seberapa banyak mungkin maklumat produk anda secara terperinci. Malah anda boleh gunakan audio atau video untuk menerangkannya dengan lebih baik. Ruang FAQ (Frequently Ask Questions) juga dapat membantu pelanggan dengan cepat tentang produk atau perniagaan anda.
Meluaskan Pasaran
Jika anda membuka kedai, pelanggan anda tertumpu kepada orang ramai di sekitar kawasan kedai anda. Jika anda membuka lama web perniagaan anda di Internet, anda membuka perniagaan anda kepada berjuta-juta orang di dunia ini. Pasaran anda terlalu luas sehingga merentas masa dan sempadan.
Kos Yang Rendah
Andalah adalah CEO dan Director perniagaan anda. Anda juga adalah Eksekutif Akaun perniagaan anda. Anda adalah setiausaha sehinggalah anda juga adalah pekerja di Perniagaan Internet anda. Anda tidak memerlukan sesiapa, kecuali diri anda untuk mengawal satu Kompleks membeli-belah milik anda di Internet. Bayangkan jika semua ini bukan Internet ? Mungkin anda memerlukan beribu-ribu tangan dan kaki malah juga kepala untuk mengawal semua ini.
Interaksi Secara Terus Dengan Setiap Pelanggan
Interaksi dan maklum balas dengan pelanggan sangat berguna dalan perniagaan. Ia dapat mempertingkatkan mutu perniagaan anda. Di Internet anda dapat melakukan semua ini dengan mudah. Anda dapat melayan pelanggan secara personal di ruang email. Anda juga dapat memberi maklum balas dengan lebih berkesan kepada pelanggan dengan cepat, mudah tidak kira masa dan tempat. Pelanggan juga dapat maklum balas dengan cepat terhadap perkhidmatan dan produk perniagaan anda.
Memudahkan Agen Menghubungi Anda
Jika anda mempunyai agen perniagaan di luar Internet, anda dapat berhubung dengan mereka dengan pantas. Segala laporan perniagan dapat di hantar dengan cepat tidak kira masa dan tempat. Anda boleh menggunakan kemudahan Internet seperti SKYPE, YAHOO MESSENGER, WHATSAPP, WECHAT, LINE, eBUDDY, FACEBOOK atau TWITTER yang tidak mengenakan sebarang kos perhubungan anda. Menghuntungka bukan ??
Memasarkan Produk Kepada Pelanggan Antarabangsa
Bayangkan produk anda bukan hanya dilihat oleh mereka di negara ini malah semua orang di dunia. Jika produk anda tertumpu kepada satu golongan atau bangsa seperti contoh bangsa melayu, ia tidak menjadi masalah kerana bangsa melayu terdapat di mana-mana di dunia ini. Mereka pasti tertarik dengan produk anda kerana mereka dapat membelinya terus dari Internet tanpa perlu pulang ke Malaysia.
Pasaran Secara Terus
Bayangkan jika anda menjual sesuatu produk yang mana produk ini anda hasilkan sendiri. Saya bagi contoh menulis buku. Anda memerlukan pihak penerbitan untuk menerbitkan buku anda dan kemudian pergi ke pengedar. Kemudia akan tiba kepada penjual dan barulah kepada pelanggan. Berapa banyak lapisan anda terpaksa pergi ? Itulah pembahagian keuntungan yang perlu anda lalui.
Di Internet, anda boleh mengedar dan menjualnya sendiri secara online. Keuntungan hanyalah untuk diri anda sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain.
Bertukar Maklumat Dengan Pantas
Perniagaan Internet dapat mengujudkan satu komunikasi dan persahabatan yang baik dengan peniagan lain. Maklumat tentang produk dapat diujudkan melalui persahabatan ini. Malah persahabatan ini tidak kira besar mana syarikat anda. Yang penting adalah jualan anda di Internet.
Menguji Produk Baru Tanpa Kos
Di Internet anda boleh melihat sambutan terhadap produk baru anda tanpa dikenakan sebarang kos. Jika diluar, anda dikenakan bayaran untuk mempromosikan dan mengiklankan produk baru anda tetapi tidak di internet.
2 BENTUK PERNIAGAAN PRODUK DI INTERNET
Secara asas terdapat 2 bentuk utama perniagaan di Internet iaitu;
1. Perniagaan untuk mendapatkan bakal pelanggan di mana tiada jual beli online dilakukan.
2. Perniagaan berbentuk E-Commerce. Ia terdiri daripada jual beli online, pengiklanan dan Affiliate.
Perniagaan Bentuk Pertama
Ia dikenali sebagai perniagaan menjana prospek anda di mana ia dapat mempertingkatkan keyakinan pelanggan terhadap anda dan menaikkan kredibiliti syarikat anda dengan memperkenalkan syarikat dan juga perkhidmatan yang anda sediakan. Laman web di bina hanya untuk memudahkan perjumpaan (appointment) di rancang dna kemudian barulah jual beli dilaksanakan.
Contoh perniagaan: Agen Perumahan, Agen Rumah Sewa, Agen Tanah, Penasihat Harta dan sebagainya.
Perniagaan Bentuk Kedua
Ia dikenali sebagai perniagaan menjana pendapatan anda di Internet dengan menjual produk secara online. Pelanggan terus menenpah dan membeli produk anda terus menggunakan perkhidmatan di dalam Internet.
Perniagaan begini termasuklah juga bengkel-bengkel yang mengajar anda benar-benar memulakan perniagaan di Internet dengan pratikal. (Bukan sekadar bercakap di hadapan sedangkan anda tidak ditempatkan 1 PC sebagai aplikasikan apa yang dicakapkan di hadapan anda)
Perkhidmatan membina laman web juga termasuk di dalam bentuk perniagaan kedua ini. Pengiklanan dan juga Affiliate tergolong di dalam perniagaan jenis ini.
Perniagaan yang memberi keuntungan besar adalah perniagaan jenis kedua ini. Saya jelaskan lagi secara terperinci.
Menjual Produk atau Perkhidmatan Secara Online
Perniagaan seperti ini memberi keuntungan yang besar kepada anda. Inilah keuntungan utama perniagaan di Internet. Carilah produk yang mempunyai kos penghantaran yang rendah tetapi menguntungkan anda. Cara terbaik adalah menjual E-book. Anda juga boleh menjual template-template laman web atau juga screen saver. Anda juga boleh menerima tempahan membina laman web dan sebagainya.
Pengiklanan
Duduk, goyang kaki ......duit tak ]kan masuk. Itu kata orang dulu-dulu tetapi tidak sekarang. Di Internet anda boleh duduk sambil goyang kaki tetapi duit masuk mencurah-curah dengan mengiklankan produk orang lain. Anda akan menerima ganjaran di atas perkhidmatan promosi produk mereka. Seperti contoh laman web di dalam versi English saya ini. Anda lihat banyak iklan-iklan google di sekelilingnya. Semua ini merupakan duit buat saya. Saya bercakap benar.
Saya terangkan terus kepada anda di sini.
Untuk mendapatkan keuntungan dengan iklan ini, anda hendaklah mempunyai artikel yang mana ramai orang mencarinya. Artikel anda pula hendaklah mempunyai keyword yang ramai orang mencarinya. Kemudian tulislah sekitar 20-50 helai berkenaan dengan artikel tersebut.
Anda hendaklah menulis artikel itu sendiri di dlam bahasa Inggeris (AWAS MENYALIN ARTIKEL ORANG LAIN DI INTERNET TANPA PERSETUJUAN ADALAH KESALAHAN BESAR YANG BOLEH DIDAKWA). Jika anda tidak pandai menulis di dalam Bahasa Inggeris, carilah penterjemah ke dalam bahasa Inggeris kerana terdapat iklan di google, ia mesti bahasa yang di support oleh google.
Binalah artikel yang banyak seperti yang saya lakukan ini. Kemudian applylah google adsense di alamat http://www.google.com/adsense. Kemudian letakkan kod iklan google ke dalam laman web anda.

SETIAP KLIK YANG DITERIMA ADALAH DUIT UNTUK ANDA. Mudah bukan ??
Affiliate
Banyak program Affiliate di dalam Internet yang boleh memberi duit kepada anda. Anda akan dibayar mengikut komisyen yang ditawarkan apabila sesuatu produk itu terjual. Program Affiliate ini melantik anda untuk menjadi agen pemasaran di mana anda dibayar di atas komisyen keuntungan produk yang terjual. Anda boleh goyang kaki sahaja. Klik disini.
MEMILIH PERNIAGAAN DI INTERNET
Masalah utama selain tiada pengetahuan membina laman web di Internet adalah produk dan perkhidmatan apa yang ingin diniagakan. Seringkali anda menjadi buntu memikirkan hal ini. Persoalan sering timbul, apakah perniagaan yang ingin diniagakan di Internet ?
Anda haruslah berniaga mengikut perkara-perkara di bawah ini.
Minat
Perniagaan produk di Internet yang berjaya adalah perniagaan minat anda. Tidak faham ? Jualkan minat anda kepada orang ramai dan anda akan berjaya berniaga di Internet. Masih tidak faham ?
perniagaan yang berasaskan kepada minat anda akan membuatkan anda tidak bosan dengan perniagaan anda. Anda tidak akan rasa tertekan kerana anda menjual apa yang anda minat ?
Seperti saya. Saya minat mengajar, menulis, membina laman web serta mereka bentuk layout laman web dan membantu mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan Internet. Oleh itu sebab itu perniagaan saya adalah membuat laman web, kursus secara online, kedai online dan networking business online. Saya berasa gembira melakukan semua ini, terutama dalam membantu rakan business networking online saya agar berjaya. Alhamdulilah ramai antara mereka yang menyertai group saya telah memperolehi pendapatan RM3000 keatas dalam masa 3 bulan dengan hanya bermodalkan RM200 dan mereka benar-benar melakukannya kerana ingin berjaya dalam perniagaan Internet. Kebaikkannya walaupun mungkin saya tidak memiliki seorang pun pelanggan, saya akan terus melakukan (membina laman web) di rumah kerana saya tetap mendapat tempahan membina laman web dan tidak bosan dengan semua ini kerana saya minat.
Apabila anda mempunyai perniagaan dengan apa yang anda minat, anda sebenarnya mudah untuk meniagakannya. Ini semua pastinya anda tahu segala selok belok tentang perkara yang anda minat. Secara tidak langsung anda arif dengan perniagaan anda.
Jika anda minat menulis, jadikan menulis sebagai perniagaan untuk anda. Tulislah pelbagai cerita menarik dan jadikan E-book dan pasarkannya di dalam perniagaan Internet anda. Jika ia tidak menguntungkan, anda masih merasa gembira dan senang hati kerana menulis menjadi minat anda. Menarik bukan ?
Kebolehan
Kebolehan dan minat mempunyai hubungan yang rapat. Saya mempunyai kebolehan membina semua jenis laman web, saya mempunyai pengalaman dalam pemasaran dan pendidikan. Maka perniagaan saya berkisar dengan kebolehan dan minat saya. Dengan perniagaan berdasarkan kebolehan anda, anda sebenarnya mudah untuk berniaga. Anda sudah mempunyai kebolehan dengan apa yang anda niagakan.
Contoh lain seperti anda suka dengan produk-produk perhiasan diri. Sudah pasti tidak menjadi masalah kepada anda untuk anda promosikan produk-produk perhiasan diri yang anda jual kerana anda minat dan pastinya mempunyai kebolehan menerangkan tentang produk itu tanpa mempelajarinya dahulu.
Kekuatan, pengetahuan dan cita rasa anda tergolong di dalam 2 perkara penting untuk memilih apakah produk yang ingin anda jual menerusi Internet.
MENGOPTIMUMKAN PEMILIHAN PRODUK PERNIAGAAN
Terdapat sedikit perbezaan perniagaan di Internet dengan perniagaan luar Internet dari segi optimasi perniagaan. Jika di luar Internet, lagi banyak pilihan produk lagi baik. Seperti contoh kedai runcit.
Tetapi tidak di Internet. Di Internet, anda hendaklah menumpukan hanya kepada satu produk atau beberapa produk sahaja. Ini akan mengoptimasikan perniagaan anda di Internet. Memberi pilihan yang berlebihan kepada pengguna akan membuatkan mereka langsung tidak membeli produk anda. Ini kerana pilihan yang banyak akan mencelarukan pemikiran mereka untuk memilih produk anda.
Apa yang saya sarankan adalah, satu produk tetapi unit. Susah untuk didapati oleh orang ramai. Untuk menjadikan ia unik, anda fikirkan sendiri kerana anda sudah pasti pakar menjadikan ia unik. Bukankah produk yang anda ingin niagakan berdasarkan kepada apa yang anda minat dan kebolehan anda ?
Berikan tumpuan dan pemasaran produk anda itu. Apakah kelebihan sedikit produk ?
1. Mudah mempromosikan produk.
2. Memfokuskan pilihan orang ramai kepada produk yang anda niagakan.
3. Mudah untuk anda menerangkan kepada pelanggan.
4. Mudah untuk anda menjadikan ia unik kerana anda memikirkan satu produk sahaja.
MENJADIKAN PRODUK PERNIAGAAN ANDA UNIK
Lakukan sedikit analisis. Ambil sehelai kertas dan senaraikan 3 perkara yang anda benar-benar minat. Fikirkan benda yang terlibat di dalam minat anda itu sebagai produk sendiri.
Contoh:
1. Jika anda suka membaca. Maka buku adalah produk anda.
2. Jika anda minat menghias diri. Maka makeup menjadi minat anda.
Tuliskan kebolehan yang anda ada dengan minat anda itu. Contoh kebolehan untuk minat anda adalah;
1. Menulis
2. Bermake-up dengan apa jenis sekalipun
Fikirkan perkara unik yang anda fikirkan dengan minat dan kebolehan yang anda ada itu.
1. Menuis resume, menulis surat meminta kerja dan sebagainya.
2. Make-up mengikut musim, make-up mengikut cuaca dan sebagainya.
Maka bentuk perniagaan anda lebih tertumpu dan ia menjadi lebih unik. Untuk itu perniagan anda boleh melibatkan:
1. eBook surat-surat meminta kerja, perjanjian jualbeli, sewa, assigment dan sebagainya, khas untuk rakyat Malaysia.
2. Menawarkan perkhidmatan make-up pengantin gaya moden dan menerangkan faedah-faedah sesuatu brand make-up.
LANGKAH UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN DI INTERNET
Terdapat 4 langkah asas untuk memulakan perniagaan di Internet
1. Mencari dan menentukan produk.
2. Membina laman web perniagaan.
3. Merancang cara pembayaran.
4. Promosi dan pengiklanan produk.
Mencari dan menentukan produk
Terdapat beberapa jenis kategori produk untuk diniagakan di Internet.
1. Produk berasaskan pekhidmatan
- Seperti mengambil upah merekacipta logo, laman web, menjadi perunding dan motivasi atau seumpamanya.
- Untung tinggi dan pelanggan pula berulang.
- Tetapi memerlukan masa yang banyak untuk melakukannya.
2. Produk berasaskan produk
- Menjual kuih/biskut, produk kereta, buku-buku, cenderamata dan lain-lain.
- Memerlukan modal untuk membeli secara borong atau menjadi agen menjual.
- Memerlukan kos penghantaran.
- Untung rendah tetapi tidak terhad masa.
3. Produk yang ideal
- Menjual produk secara download.
- Seperti eBook, Screensaver, Template.
- Kos kurang kerana menjual secara download.
- Cuma memerlukan kos menjual secara online.
- Penggunaan Global
- Belian lebih baik dan berkesan di Internet berbanding di luar Internet.
- Belian yang kerap. Klik disini.
Bagaimana menjadikan Produk perkhidmatan sebagai produk yang ideal ?
> Tuliskan buku dan jadikan ia sebagai eBook.
> Jadikan dalam bentuk VCD atau Video format Internet supaya boleh di download sahaja.
> Ingat, masih banyak buku yang di dalam pelbagai bidang yang masih tidak diterbitkan - Banyakkan buku-buku tuisan yang bertajuk How To dan DIY.
Kelebihan eBook
> Mudah dibuat untuk apa jua bidang. Tulis berdasarkan berdasarkan minat anda. Lebihkan How To. Contoh: Mengajar resepi dan memasak dengan gambar-gambar cara memasak. Boleh -boleh diubah kepada buku biasa dan jual.
Membina Laman Web Perniagaan
Terdapat 2 cara untuk membina laman web
1. Mengupah orang untuk membinanya.
2. Membina sendiri.
Mengupah orang membinanya
> Kos mahal
> Ilmu yang tidak berpanjangan. Susah bila anda ingin mengubah laman web anda kerana anda mesti membayar setiap yang di update.
Melakukan sendiri
> Memakan masa ?? Tidak sebenarnya. Anda boleh menggunakan template sedai ada.
> Hadiri bengkel membina laman web yang berpatutan tetapi anda dapat banyak ilmu dari bengkel tersebut. Keluarkan kos sahaja untuk belajar membinanya. Anda tidak perlu lagi mengeluarkan kos bila anda ingin mengupdate laman web anda di kemudian hari kerana anda sudah tahu untuk melakukannya sendiri.
Cara memilih bengkel belajar membina laman web perniagaan
> Pengajar mempunyai latarbelakang di dalam bidang pendidikan. Ini kerana mereka dilatih dengan kursus-kursus pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
> Biasa mengendalikan bengkel-bengkel membina laman web dan lain-lain.
> Melakukan secara real-time hands-on di mana anda lakukan terus apa yang diajar semasa bengkel. (bukan tunggu balik rumah baru memulakan apa yang anda belajar)
> Support yang baik.
> Harga yang tidak munasabah (sehingga RM500 untuk satu bengkel, tidak munasabah kerana sebenarnya kosnya adalah rendah).
> ATAU mengikuti bengkel membina laman web secara online, lagi murah.
Merancang cara pembeian di Internet
1. Bayaran melalui Maybank2u atau CIMB
2. Bayaran melalui Kredit Kad.
3. Bayaran melalui Cek.
Bayaran melalui Maybank2u atau CIMB
Cara pembayaran ini baik untuk harga produk yang rendah di bawah harga RM100. Namun boleh juga menggunakannya untuk apa jua nilai produk. Cuma ia terhad kerana tidak semua orang ada akaun bank tersebut.
Bayaran melalui Kad Kredit
Anda boleh membuka Merchant Account di CCNow.com. Wordpay.com, PlaynetPayment atau PayPal. Agak mahal tetapi sesuai untuk kos produk RM100 keatas.
Bayaran melalui Cel
Sesuai untuk jumlah harga RM50 keatas. tetapi terhad kepada pengguna. Tidak semua orang memiliki cek.
PROMOSI PRODUK BERKESAN
Inilah bahagia terpenting di dalam perniagaan laman web. Promosi, promosi dan promosi. Promosi berkesan sangat perlu kerana dengan promosi produk dan perkhidmatan kita akan dilanggan.
Terdapat pelbagai cara promosi untuk perniagaan laman web. Kebanyakkannya tidak langsung memerlukan kos.
1. Enjin Pencari (Search Engine)
Di sinilah promosi dapat dilakukan dengan berkesan. Tetapi masalah yang besar adalah bagaimana menjadikan laman web anda berada di dalam 10 teratas di enjin pencari ini.
Tip optimasi promosi di enjin pencari (search engine)
Keyword yang spesifik
Keyword sahaj tidak menjamin laman web anda berada 10 yang teratas di enjin pencari. Anda hendaklah mencari keyword yang lebih spesifik. Gunakan keyword yang spesifik di setiap laman web anda.
Sebagai contoh;
General Spesifik
Kasut Kasut Kulit Malaysia
Kek Kek Lapis Sarawak
Title Tag dan Meta Tag
Terletak di antara <head></head>. Nak tulis title tag ni ada caranya.
Jangan hanya tulis satu word sama dengan keyword kita je. Contoh macam laman web ni, saya tak tulis "perniagaan" sahaja. Saya tulis "Rahsia Perniagaan Internet". Bukan apa , kalau kita tulis perniagaan sahaja, nanti search engine ingat ia adalah 'spam'. Nanti nak dapat kat top ten terus kena blacklist jadinya.
Satu lagi, nak tulis title tag ni, pastikan keyword tadi tu letak kat depan. Jangan tulis title tag panjang-panjang sangat. Saya nak cerita pasal perniagaan di Internet. Saya letakkan perniagaan no 2dalam ayat rahsia perniagaan di Internet. Sebabnya search engine ini tak akan ambil semua tajuk -tajuk laman web kita. Nanti ter-miss jadinya pula kalau kita letak keyword kat akhir tajuk.
Kalau ada banyak helaian laman web, pastikan setiap helaian ditulis dengan title tag yang berbeza. Contoh kalau saya nak buat helaian lain, saya boleh tulis "Iklan Perniagaan Di Internet" dan pelbagai lagi.

Contoh laman web manmoncang.com mendapat tempat ke 4 di dalam rangking carian Google menggunakan keyword "RAHSIA CARA PERNIAGAAN" buat beberapa hari.
2. Link
Yang ini memang penting sangat-sangat. Kalau boleh carilah laman web yang hebat-hebat dan kemudian minta diaorang masukkan laman web anda ke dalam laman web diaorang. Letakkan link atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai pautan. Anda juga letakkan pautan laman web yang hebat-hebat di dalam laman web anda.
Dengan cara sebegini, orang mudah nak jumpa laman web perniagaan anda. Tambah kalau ada kena mengena produk dengan perniagaan syarikat-syarikat besar yang memang terkenal. Tapi nak dapat diaorang linkkan kita mungkin sukar. Tapi cara kita yang linkkan diaorang tu boleh digunakan.
3. Pintu Masuk
Bayangkan kat taman perumahan anda tinggal sekarang, ada berpuluh-puluh simpang . Tapi hanya satu simpang je yang dapat tembus ke rumah anda. Tentu kemungkinan orang nak lalu depan rumah anda mungkin sekitar 1% sajakan ? Kecuali kalu orang tu benar-benar nak datang rumah kita.
Contoh; Kalau anda jual biskut raya, kalau boleh boleh setiap jenis biskut anda domain . Tak susah . Kalau anda beli domain macam contoh, biskut.com, anda boleh bina domain tambahan sebagai contoh;
kerepek.biskut.com
almondlondon.biskutraya.com
batangburuk.biskutraya.com
tatnenas.biskutraya.com
dan lain-lain lagi
Jadi kalau orang masuk ikut biskutraya.com pun masuk laman web anda, kalau orang klik kerepek.biskutraya.com pun boleh masuk laman web anda.
Yang baik laginya, kalau orang search engine cari biskut, laman web anda akan keluar. Kalau orang cari kerepak, pun laman web anda keluar. Kalau cari tat nenas pun boleh keluar. Jadi secara tak langsung promosi anda akan lebih meningkat dengan cara macam ni.
4. Media
Yang ini agak sukar sikit. Tapi kalau anda dapat masuk majalah ke, TV ke.... perniagaan anda lagilah cepat maju. Caranya mudah saja. Carilah kawan-kawan anda yang ada kerja wartawan. Bolehlah anda perlahan-lahan perkenalkan perniagaan anda pada dia dan minta dia sikit -sikit perkenalkan perniagaan anda.
5. Email
Yang ini tidak jadi masalah untuk semua. Dalam yahoo group, MSN group boeh iklankan. Ini semua orang kat Internet buat. Tapi awas, jangan main send saja kat group yang tidak boleh membantu perniagaan kita. Nanti kredibiliti jatuh . Jadi pastikan group-group yang terpilih je boleh kenal ahli-ahli grou tu matang ke tidak.
6. e-Iklan
Anda boleh cuba e-Iklan. Selalunya promosi yang unik akan membuat orang tertarik. e-Iklan ni bagus sebab kosnya rendah. Bukan sebab saya jadikan ia satu cara promosi sebab saya nak promosi perkhidmatan saya. Tapi memang ia dapat membantu sebab ia menarik. Anda boleh masuk kat sini untuk e-Iklan.
7. Cara Lama
Ini cara lama atau konvesional. Contoh; edaran template, flyer, broucher dan lain-lain, kepada orang ramai. Kerja penat sikit ler, kena banyak berjalan. Tapikan kat Internet pun sudah cukup untuk mencari pelanggan.
PENDEKATAN PROMOSI PRODUK
Apa itu pendekatan promosi ?
Pendekatan promosi ini bermaksud, bagaimana cara orang ramai akan membeli atau melanggan produk anda. Ini penting sebab takkan selepas berjaya membawa orang masuk ke laman web kita, kita nak biarkan macam itu sahaja. Jadi pendekatan promosi penting kerana ia menjamin perniagaan kita mendatangkan hasil yang menguntungkan bukan merugikan.
Cara pendekatan terbaik
Bina laman web yang tidak memeningkan kepala pengunjung untuk mencari info. Paling senang macam laman web rm.blogger71 yang saya buat ni. Saya tulis semua info pada laman web saya tentang e-iklan. Tiada link banyak pun kecuali nak tengok contoh-contoh.
Dalam laman web perniagaan, jangan banyak sangat link. Banyak link lagi pengunjung pening. Kena lagi akses Internet slow, balik-balik kena forward.....Lambat dan makan masa nak baca, last-last pelanggan keluar dari laman web anda.
Lagi satu, gambar-gambar tu janganlah masukkan format BMP. Format BMP ni terlalu besar sangat bila gambar download ke laman web anda. Tukarah format gambar-gambar produk tu kepada jpg, jpeg, atau gif. Format itulah saja yang sesuai untuk laman web. Kemudian jangan guna gambar tu saiz besar sangat, nanti susah nak loading. Kalau mahu juga, belajar buat imej splitter. Boleh cari free software, search kat google "image splitter". Pasti jumpa.
Kemudian yang ini amat penting untuk menarik hati pelanggan anda. Bagilah promosi produk percuma setiap kali pelanggan membeli produk anda, jangan kedekut sangat. Barulah pengunjung datang membeli semula dan menyebarkan kepada kawan-kawan mereka.
Kemudian kalau nak tulis harga, cara menulis harga pub ada tekniknya. Tulislah harga produk tu ada diskaun macam laman web ni. Ada tulis RM200. Jadi akan lebih menarik cara promosi kita. (BANYAK DAH PECAH RAHSIA NI). Tapi sebenarnya harga produk-produk kat laman-laman web ni biasanya memang murah daripada anda beli ilmu yang ada di luar. Contoh; kalau belajar membina laman web ni mengikut kelas di luar memang yuran hingga RM500 keatas. Tetapi saya buat kursus membina web ni secara kursus online yuran cuma RM250, sehingga anda mahir.
Menjual produk melalui laman web ni, anda perlu bina keyakinan orang ramai terhadap laman web anda. Adakan ruang testimonial. Kalau nak tipu sunat tu jangan nampak sangat. Tapi kalau boleh biarlah benar. Kalau ada sekali gambar pelanggan yang buat testimoni tu lagi bagus. Kalau boleh testimoni tu semua golongan pelanggan, tak semestinya orang-orang besar. Contoh testimoni tu kononlah "Kerepek Pisang Hidayah Foods boleh mengenyangkan saya sehingga 3 hari 3 malam". Anda fikir dan tapis Testimoni yang boleh membantu meningkatkan jualan produk anda.
Terakhir sekali, walaupun banyak lagi, tetapi ini saja yang sempat saya bagitahu. Binalah borang untuk tempahan yang menyenangkan. Jangan hanya tinggalkan no phone, email atau alamat. Kemudian tulis jika nak beli, sila hantarkan email kepada alamat saya ke sekian...sekian. Kaau saya jadi pengunjung. Kirim salam saya nak beli. Lecehlah kena buka email, nak compose, nak reka ayat-ayat....bukan tu saja, saya nak send pun jadi malas semata-mata nak beli produk yang dijual. Kalau tidak pun sediakan borang tempahan untuk kita call dia balik. At least mudah untuk orang melanggan nak bei produk anda. Tak tahu buat borang, ikut bengkel/kursus saya membina aman web secara online. Saya tunjukkan dalam masa 5 minit dah siap. Kalau tidak pun anda belajarlah dari Internet. Search saja kat google tu.
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA KEYAKINAN PENGUNJUNG
Pembeli di Internet memerlukan keyakinan bahawa produk dan perkhidmatan yang diberikan adalah benar dan memuaskan. Jadi cabaran perniagaan Internet adalah untuk menyakinkan pengunjung untuk menjadi pembeli.
Rekabentuk laman web anda seperti laman web profesional. Janganlah gambar produk tunggang tebalik. Kemudian align pun tak betul. Kejap-kejap ke kanan isi kandungannya. Kadang-kadang ke kiri sangat. Lintang pukang jadinya. Kemudian janganlah letak animasi banyak sangat. Dengan laman web yang kemas dan teratur, pengunjung berasa yakin dengan khidmat yang ada dalam laman web anda.
Kemudian kalau boleh jual produk yang telah sedia dikenali. Produk yang baru ni agak sukar orang nak beli. Bukan tak boleh, cuma pasarannya agak sukar. Orang beum yakin lagi dengan produk tu. Jadi cuba cari produk memang orang ramai tahu dan kenal. Dan yang paling baik dan penting peroduk yang sentiasa orang cari.
Karang isi kandungan tu kena juga pandai mengayat. Jangan main hentam saja. Karanglah isi kandungan berkenaan produk anda itu dengan ayat-ayat semangat. Maknanya kalau orang baca, semangat nak beli tu ada, walaupun tak sampai tahap membuak-buak. Ini kena pandai olah isi kandungannya. Keyakinan dapat dibentuk pada pengunjung untuk membeli produk anda.
Yang ini tidak kurang pentingnya. Alamat dan cara menghubungi anda yang lengkap. Perniagaan ni bukan nak sorok-sorok. Kalau takut letak no phone, susah jadinya. Kalau perniagaan kita senyap-senyap, macam mana nak maju. Lainlah kalau tulis laman web peribadi macam blog. Kalau tiada alamat atau tulis alamat saja pun macam nampak takut-takut, macam mana pengunjung nak yakin ? Kalau takut sangat nak kasi alamat rumah, bagi yang berniaga sambilan, boleh ler sewa pos box kat pejabat pos tu.
Kalau boleh tunjukkan gambar anda sendiri. Buat apa nak bimbang. Lainlah kalau anda memang ada salah dengan orang. Letakkan gambar tu sebab orang kenal siapa anda. anda nampak gambar saya kat bawah tu. Anda baca siapa saya kat bawah tu ? Lagi bagus kalau letak sebab secara tak langsung anda glamour percuma, hehehehe. Dengan adanya gambar kita sendiri, orang kenal anda. Bila orang tengok kita berani letak gambar, kita ni tak tipulah. Cuba tipu. Huh! naya. Boleh ja cari anda bila-bila sebab alamat sudah tahu, rupa pun sudah kenal. Kita berniaga bukan nak main-main. Kepercayaan hanya sekali!!
Tunjukkan gambar-gambar ceria juga dapat membantu dalam membentuk keyakinan pengunjung untuk membeli produk anda. Apa-apa sajalah yang boleh buatkan suasana laman web anda ceria. Tapi sekali lagi jangan letak banyak sangat gambar-gambar animasi.
Cerita. Nampak tak saya mulakan artikel ini dengan cerita. Cerita-serita ni buatkan orang yakin dengan produk kita dan juga dengan apa yang kita cakapkan. Kita berniaga maka sudah tentu kita tak tipu orang. Jadi cerita itu ceritakan cerita-cerita yang betul.
Testimoni. Yang ini tak kisah nak tulis macam mana. Tapi tulislah Testimoni yang boleh menyakinkan pengunjung untuk membeli.
Beri jaminan kepada pengunjung, kalau bei produk anda, kalau dia tak puas hati sebab sekian-sekian atau rosak dalam tempoh tertentu, boleh pulangkan dan gantikan dengan produk baru atau produk lain atau anda pulangkan duit. Insyallah kalau kita berniaga betul, takkan nak kasi produk yang entah apa-apakan ? Lagi satu bagi juga tempoh jaminan produk tu sampai ke tangan pelanggan dan kalau boleh guna pos laju. Kalau bina laman web atau macam laman web saya ni, kasi tahu siap dalam masa beberapa lama, tetapi bergantung kepada jenis tempahan laman web, sebab ada yang mudah dan ada yang susah, kena ambil masa buat laman web ni. Kenalah ada pertimbangan jugakan. Kalau tidak matilah saya.
Anda kena tunjuk tapi jangan tipu yang anda seorang pakar. Kalau anda jual kerepek, tunjukkan anda sedang sedang mengendalikan mesen kerepek. Macam saya, memang saya selalu buat bengkel/kursus membina laman web secara online, bukan itu sahaja, kebanyakkan kursus-kursus seperti perkeranian, pemasaran, perniagaan dan lain-lain saya jalankan secara online. Dan kerja saya berhadapan dengan masyarakat untuk menyampaikan ceramah motivasi dan kerjaya, seperti gambar-gambar yang saya tunjukkan di ruangan blog peribadi saya. Klik di sini. Jadi orang nampak yakin dengan kepakaran kita.
Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Harap berguna untuk anda semua.
KEJAYAAN
Berbalik semula kepada cerita anak ayam di atas, kalau kita hanya baca artikel saja tapi tidak berbuat apa-apa, kita terus dan akan selama-lamanya seperti apa yang kita ada sekarang. Saya bukanlah berjaya di dalam perniagaan Internet. Tetapi sedikit sebanyak kita sama-sama menceburi perniagaan ini harus membantu sesama yang lain. Alhamdulilah ramai yang telah berjaya merubah ekonomi kehidupan mereka. Kerana saya akan membantu kepada mereka yang benar-benar ingin mengubah ekonomi kehidupan mereka. Dan saya akan berkongsi rahsia itu berdasarkan apa keperluan bantuan yang anda perlukan.
Mereka yang berjaya, kejayaan mereka bukan datang bergolek sekelip mata. Mereka berusaha daripada kegagalan dan terus berusaha, kerana guru yang paling baik adalah berapa banyak anda telah menempuhi kegagalan dan bangkit dari kegagalan itu. Kalau anda telah singgah ke blog saya dan telah membaca pengalaman saya, itulah sebenarnya guru yang telah menjadikan saya seperti hari ini.
Tetapi di dalam berusaha, kita kena ada strategi , kena ada perancangan, kena ada ilmu. Peganglah kata-kata untuk kita yang biasa menggunakan teknologi IT yang ada sekarang ni
IT'S NOT WHAT THE TECHNOLOGY CAN DO FOR YOU
BUT
IT'S WHAT YOU CAN DO WITH THE TECHNOLOGY
Anda fikir-fikirkanlah. Anda yang menggerakkan segala yang ada untuk berjaya. Bukan kecanggihan teknologi atau kemajuan sains itu sendiri yang buat kita maju.
Sepuluh jari ku hulur, jika ada segala kekurangan. Semoga artikel ini dapat membantu semua yang berminat untuk menceburikan diri dalam perniagaan Internet. Tahniah diawalkan dengan kejayaan yang siap sedia menunggu anda.
Ikhlas daripada
Rosland M
CEO - RMECorp Group
~Sekolah Online~Networking Business~Business Community~
Tel : +6011-1604 6118
eMail : rm.blogger71@gmail.com
Untuk keterangan lanjut mengenai saya Klik disini.
